Tiada Isu Kemunculan Maya Karin Dalam 'Munafik 2' - Syamsul Yusof - Berita Hiburan | mStar

Tiada Isu Kemunculan Maya Karin Dalam 'Munafik 2' - Syamsul Yusof

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 12:20 PM

Maya Karin kali pertama bekerjasama dengan Syamsul Yusof.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Pengarah filem Syamsul Yusof menganggap tiada isu tentang watak aktres Nabila Huda digantikan dengan Maya Karin dalam filem terbaharunya Munafik 2.

Syamsul, 33, berkata, watak Nabila dibina dalam sekuel filem itu hanya sekadar penampilan khas sahaja, manakala Maya Karin dipilih untuk memeggang watak utama.

"Sebenarnya tiada isu Maya Karin ganti Nabila Huda untuk filem Munafik 2 kerana watak Nabila cuma sekadar cemeo sahaja.

"Watak dia sudah mati pada filem pertama dan saya bina watak kecil untuk Nabila dalam adegan flashback sahaja.

"Tapi Nabila tolak tawaran berkenaan kerana dia ada komitmen lain dan Maya Karin pula tidak menggantikan Nabila sebaliknya watak baru yang memang kami pilih daripada awal," ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul menjelaskan terdapat kekeliruan laporan kononnya Nabila Huda menolak tawaran membintangi sekuel filem Munafik dan Maya Karin menggantikan tempatnya.

Nabila Huda.

Beliau ditemui pada majlis sidang media filem Munafik 2  yang diadakan di Dataran Finas, di sini, malam Khamis.

Filem genre seram islamik itu akan memulakan penggambaran selama 50 hari bermula 20 Mac ini.

Sementara itu, Syamsul berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Maya Karin sejak sekian lama.

"Saya memang sudah lama ingin berkerjasama dengan Maya tetapi tidak ada rezeki dan tidak sangka kali ini dia bersetuju untuk terlibat.

Maya dan Syamsul bergandingan dalam Munafik 2.

"Dia juga sebenarnya baharu sahaja menerima tawaran ini.

Cabaran saya ialah menjadikan karakter dia lain daripada watak-watak seram yang pernah dilakonkan sebelum ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, seorang pelakon Indonesia popular iaitu Luna Maya berkemungkinan terlibat dalam filem tersebut.

"Insya-Allah Luna Maya akan terlibat juga dalam filem ini tapi watak dia tidak terlalu banyak cuma beberapa babak sahaja.

"Saya sudah cuba untuk merisik beberapa pelakon Indonesia lain tapi mereka kurang berminat kerana watak jahat dan tidak besar," ujarnya.

Filem Munafik 2 akan turut membariskan pelakon lain saperti Nasir Bilal Khan, Mawi, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

Tags / Kata Kunci: Maya Karin , Munafik 2 , Nabila Huda
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan