Zulin Aziz Ambil Masa Setahun ‘Cari’ Suara Sebenar

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 6:30 AM

Zulin Aziz mengambil masa setahun untuk menghasilkan single. Foto KHAIRUL IMRAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Suria Fm, Zulin Aziz mengambil masa setahun untuk mencari identiti suara sebenar bagi merakam single pertama berjudul Terbiar.

Zulin, 28, berkata, perkara itu disebabkan kekeliruan timbul terhadap suara aslinya apabila dia sering meniru suara-suara artis popular tempatan.

"Susah juga untuk menjadi penyanyi kerana saya terpaksa melalui proses rakaman suara beberapa kali sepanjang tahun 2015 lalu.

Zulin Aziz ketika menyanyikan lagu Terbiar.

"Mereka terpaksa mengenal pasti mana suara saya yang sebenar kerana saya banyak sangat meniru suara penyanyi lain sehingga beri kesan kepada lagu sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Zulin ditemui pada majlis pelancaran single pertamanya berjudul Terbiar yang diadakan di pejabat Warner Music, di sini, Rabu.

Lagu bergenre bossa balada ini merupakan ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz ini berkata, dia ditawarkan untuk merakam single tersebut selepas menyanyi di pusat karaoke bersama komposer berkenaan.

Zulin Aziz.

"Kami menyanyi di karaoke bersama rakan-rakan dan tiba-tiba Aiyad secara serius menawarkan lagu untuk saya secara serius.

"Saya ambil peluang tersebut sebagai cabaran dan secara tidak langsung menjadi hadiah kepada peminat-peminat saya yang sering bertanya tentang lagu saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang cabaran untuk menembusi stesen radio pesaing, Zulin berkata, dia yakin banyak platform baharu yang boleh mempopularkan lagu berkenaan.

Bagaimanapun, dia tetap berharap mendapat sokongan daripada pihak radio-radio tempatan lain.

"Saya faham status sebagai penyampai radio di Suria FM agak sukar untuk menembusi radio-radio yang lain.

"Saya harap dapat sokongan daripada stesen radio lain, tapi jika tidak sekalipun banyak cara lain terutama media sosial yang membolehkan orang mendengar lagu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, biarpun sudah bergelar penyanyi, Zulin berkata, dia akan tetap meneruskan aktiviti menyanyi di laman sosial Instagram.

"Saya akan terus menyanyi lagu-lagu orang di Instagran kerana saya tahu pengikut-pengikut saya ingin melihat saya menyanyi dan meniru-niru suara artis lain," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan