Bapa Ruhil Amani, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 8:39 AM

Hussein Ali (kanan) bersama sebahagian ahli keluarganya. Foto dari Facebook Ruhil

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi Ruhil Amani yang pernah popular menerusi lagu Kawan pada tahun 80-an iaitu Hussien Ali meninggal dunia kira-kira pukul 10.48 malam Rabu di Hospital Putrajaya dekat sini.

Menurut wakil keluarga iaitu Sariah Idris, Allahyarham, 66, meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman selepas dimasukkan ke hospital itu sejaenam minggu lalu.

"Pada awalnya arwah hanya demam panas tetapi keadaannya semakin teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ruhil bersama suaminya Jamil Wilson Abdullah. Foto dari Facebook Ruhil.

"Beliau dimasukkan ke hospital enam minggu lalu sebelum doktor memberitahu arwah terkena jangkitan kuman sebelum menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya lagi, Hussien juga mempunyai sejarah penyakit jantung dan diabetes.

Sariah memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Sekamat, Kajang dekat sini pada pukul 10.30 pagi Khamis.

Untuk rekod, Hussien juga pernah menjadi pengarah eksekutif Gong Klasik di TV3 selain bertindak ssbagai ketua juri program Sinaran Pasport Kegemilangan.

Allahyarham juga pernah bertugas sebagai panel juri untuk World Championship of Performing Arts to Hollywood selain giat dalam bidang pengurusan artis dan acara.

Hussien meninggalkan isteri, Hasnah Hassan, 63, dan tiga orang anak iaitu Shaiful Asnawi, bekas persinaliti TV3, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani berserta tujuh orang cucu.
Tags / Kata Kunci: Ruhil , Hussein Ali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan