Dira Tetap Dengan Pendirian Bersara Sebagai Pelakon

Diterbitkan: Isnin, 6 Mac 2017 6:30 AM

Dira Abu Zahar bersama trofi yang dimenanginya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Dira Abu Zahar tetap dengan pendiriannya untuk bersara daripada bidang lakonan bagi menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan.

Dira berkata, kemenangan telefilem arahannya Redhaku Untukmu pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee pada malam Sabtu lalu juga petanda untuk terus kekal dengan keputusan itu.

"Sebelum ini lagi saya memang sudah buat kenyataan akan bersara daripada bidang lakonan dan saya masih tetap dengan keputusan itu.

"Kemenangan Redhaku Untukmu juga saya lihat sebagai petanda untuk saya terus fokus kepada kerja pengarahan sahaja," katanya kepada mStar Online.

Pada acara itu selain Telefilem Terbaik, Dira turut diumumkan sebagai penerima trofi Pengarah Terbaik.

Dua pelakon telefilem itu, Sharifah Sakinah dan Iedil Putra turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dalam pada itu, Dira berkata, walaupun sudah bersara namun dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon daripada produksi namun menolak dengan baik.

Kata Dira, meskipun perasaan rindu terhadap lakonan masih menebal namun dia perlu menetapkan pendirian agar dapat fokus kepada sesuatu perkara sahaja.

"Rasa 'gian' berlakon itu memang ada malah tawaran juga masih banyak.

"Tetapi saya perlu buat pilihan dan fokus kepada sesuatu perkara sahaja," ujarnya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mengarah filem, Dira berkata, buat masa ini dia ingin memberi tumpuan kepada pengarahan drama dan teater sahaja.

Bercakap mengenai kemenangan Redhaku Untukmu, Dira memberitahu dia langsung tidak menjangkakan kemenangan itu kerana itu adalah percubaan pertamanya menyertai pertandingan itu.

"Ketika diberi peluang menghasilkan telefilem itu tiada apa saya fikirkan selain ingin buat yang terbaik.

"Tambahan pula ini adalah kali pertama saya bertanding dan hasilkan drama untuk RTM jadi saya tak tahu apa reaksi juri.

"Alhamdulillah ini semua hasil kerjasama daripada semua dari penulis skrip, pelakon dan krew," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dira Abu Zahar , Redhaku Untukmu

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan