Ana Raffali Kini Bergelar Guru Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Ahad, 5 Mac 2017 6:30 AM

Ana Raffali masih belum melupakan bidang nyanyian.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali memberitahu dia kini bertugas sepenuh masa sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian sejak Mei tahun lalu.

Ana, 32, berkata, keputusan menceburi bidang pendidikan kerana ingin mencapai cita-cita bergelar pendidik selain ingin memanfaatkan ijazah diperolehnya dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua(TESL) dari Universiti Teknolog MARA (UiTM) Shah Alam.

"Sejak dahulu saya memang meminati bahasa Inggeris malah mempunyai ijazah dalam bidang itu, jadi sayang kalau saya tidak gunakannya.

"Tambahan pula saya memang bercita-cita untuk bergelar seorang guru dan Alhamdulillah cita-cita itu tercapai," katanya kepada mStar Online.

Ana ditemui pada sidang media Karnival Moh Ke Jengka 7 yang diadakan di Restoran Haslam di sini, Jumaat.

Acara bersempena reunion bekas kaki tangan 70-an dan peneroka Felda Jengka 7 itu akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mac ini.

Lebih daripada 20 selebriti tempatan bakal memeriahkan acara yang bakal diadakan di Felda Jengka 7, Pahang itu.

Dalam pada itu, Ana berkata, walaupun sudah mempunyai kerja tetap dia tidak pernah melupakan cintanya terhadap bidang nyanyian.

Sebaliknya kata Ana, dia masih aktif menulis lagu malah memberitahu mempunyai banyak koleksi lagu yang diciptanya sendiri.

"Saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian malah masih aktif menulis dan mencipta lagu memandangkan saya ada studio mini di rumah.

"Saya ada simpan banyak lagu tetapi belum masanya saya membuat kemunculan semula," katanya.

Tambah Ana, profesionnya sebagai guru banyak memberinya idea untuk menulis lagu kerana kerjayanya itu menarik dan sentiasa memberi pembaharuan.

"Saya bukan sahaja mengajar tetapi menjadi seorang guru banyak inspirasi dan pengalaman yang saya dapat sekaligus memberi saya idea untuk membuat lagu.

"Malah saya gunakan muzik sebagai alat menarik minat pelajar untuk merasai keseronokan belajar bahasa Inggeris," jelasnya.

Sementara itu, Ana berkata, faktor anaknya, Aaydeen Oumar yang baharu berusia dua tahun turut membantutkan hasratnya kembali ke persada seni muzik tempatan.

Kata bekas juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) ini lagi, dia tidak mahu terlepas saat-saat anak lelakinya itu membesar.

"Saya tiada pembantu dan saya bersama suami yang bergilir-gilir menjaga anak kami.

"Kami tidak mahu terlepas saat-saat dia membesar dan tidak mengapa jika saya perlu memperlahankan karier seni kerana apa saya lakukan adalah demi anak," jelasnya.

Ana berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 35, pada 25 Februari 2012.

Tags / Kata Kunci: Ana Raffali

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan