Mira Filzah Hati-Hati Bergambar Dengan Artis Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 6:15 AM

Mira Filzah berhati-hati bergambar dengan artis lelaki kerana tidak mahu digosipkan. Foto IBRAHIM MOKHTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah memberitahu dia lebih berhati-hati untuk bergambar dengan artis lelaki bagi mengelak daripada terpalit dengan gosip cinta.

Mira, 24, berkata, dia juga mengawal foto-foto peribadi yang dimuat naik di laman sosial agar tidak timbul sebarang isu yang boleh mengaitkan namanya.

Mira lebih berhati-hati memuat naik gambar di laman sosial.

"Alhamdulillah, sekarang nama saya sudah bersih dengan gosip-gosip cinta, saya juga ambil langkah berhati-hati dan mengawal laman sosial seperti Instagram.

"Saya elak untuk bergambar dengan artis lelaki yang boleh mengaitkan saya dengan sebarang gosip bercinta," ujarnya kepada mStar Online.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman ditemui pada majlis pelancaran drama mini 3 Gadis Manis yang diadakan di Pavilion, di sini, baru-baru ini.

Pelakon yang bermula dengan drama Cinta Si Wedding Planner  ini berkata, dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sering dikaitkan dengan beberapa artis lelaki.

"Saya masih single dan biasanya orang kaitkan nama saya dengan pelakon lelaki yang saya bergandingan dalam drama.

"Nasib baik juga drama terbaru saya ini digandingan dengan Aliff Aziz yang sudah berkahwin.

"Setakat ini saya belum memikirkan sangat soal jodoh dan mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu," ujarnya.

Drama mini 3 Gadis Manis turut menampilkan Ayda Jebat dan Cristina Suzanne.

Dalam perkembangan lain, Mira yang turut merakam suara dalam lagu tema drama Meh Sandar Pada Aku bersama Aliff Aziz mengakui tidak berhasrat untuk serius dalam bidang tersebut.

Dia tidak yakin dengan kemampuan suaranya untuk menyanyi di khalayak.

"Saya tidak boleh menyanyi dan tidak pernah terfikir pun untuk jadi penyanyi. Lagu tema drama itu bukannya saya menyanyi sebaliknya hanya berdialog sahaja.

"Saya menyanyi lagu hindustran di Instagram itu pun hanya suka-suka sahaja," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Mira Filzah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan