Maria Farida Saman Ahli Perniagaan, Anak Atas Dakwaan Fitnah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 6:24 PM

Maria Farida memfailkan saman fitnah terhadap seorang wanita yang juga ahli perniagaan dan anak perempuannya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Maria Farida pada Jumaat memohon perintah injuksi terhadap ahli perniagaan kosmetik dan anak perempuannya di Mahkamah Tinggi di sini atas dakwaan memfitnah dan menggangu kehidupan peribadinya.

Aktres itu memohon perintah itu terhadap Hadijah Mohamed Mokhtar dan pramugari Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang boleh merosakkan reputasinya.

Maria atau Maria Faridah Atienza, 48, juga memohon perintah menghalang kedua-dua wanita itu daripada berhubung dengannya menerusi mesej, panggilan telefon, media sosial selain komunikasi dengan peguamnya.

Selain itu, Maria turut memohon perintah mahkamah bagi menghalang Hadijah daripada menerbit atau menyebarkan gambarnya bagi tujuan mempromosikan apa juga produk keluaran syarikat wanita itu.

Bercakap kepada media, peguam kepada Hadijah dan Nur Shazleen iaitu Zaid Roslan berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Abdul Wahab memerintahkan kedua-dua belah pihak memfailkan hujah bertulis sebelum 5 April bagi mendengar semula permohonan injuksi difailkan Maria.

Zaid menambah Mohd Zaki juga akan mendengar semula kes itu pada 13 April berhubung permohonan Maria bagi mendapatkan perintah halangan terhadap Hadijah dan Nur Shazleen.

Bagaimanapun Hadijah dan Nur Shazleen turut membuat saman balas terhadap Maria sebanyak RM5 juta mendakwa pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah menerusi sebuah program hiburan pada 25 Oktober 2015.

Selain itu Hadijah turut mendakwa Maria turut mengeluarkan kenyataan kepada tiga media lain pada Mei 2016 dengan membayangkan dia seorang merbahaya dan cuba meruntuhkan rumah tangganya.

Dalam tuntutan balas bertarikh 16 Februari lalu, Hadijah dan Nur Shazleen memohon ganti rugi am dan tauladan untuk ditaksir oleh mahkamah terhadap Maria.

Sementara itu, Maria juga membuat permohonan ganti rugi selain meminta kedua-dua mereka memohon maaf seperti difailkan pelakon itu pada Disember lalu.

Tags / Kata Kunci: Maria Farida

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan