Karnival KLxtravaganza Rapatkan Artis dan Peminat

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 5:45 AM

Freddie Fernandez (dua dari kanan) dan mereka yang terlibat dalam penganjuran KLxtravaganza yang akan berlangsung pada 11 Mac ini di Wangsa Walk.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 20 selebriti popular tanah air bakal terlibat dalam Karnival KLxtravaganza yang akan diadakan di perkarangan pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju, di sini pada 11 Mac depan.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama artis tempatan.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata, program berkenaan turut memberi peluang kepada para artis untuk menjual produk dan barang mereka melalui gerai yang disediakan secara percuma.

Haiza akan menjadi pengacara dalam KLxtravaganza.
"Program ini bukan sahaja melibatkan artis malah beberapa agensi kerajaan dan pemimpin setempat.

"Setakat ini seramai 20 orang artis sudah memberi pengesahan untuk datang memeriahkan acara dan ada yang akan menjual produk mereka, kita juga masih membuka peluang lagi kepada artis yang berminat," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau ditemui pada sidang media Karnival KLxtravaganza yang diadakan di Wangsa Walk pada Rabu.

Antara artis yang terlibat ialah Erra Fazira, Rita Rudaini, Sufian Suhaimi, Elly Mazlein, Amelina, Yazid (Search), Salwa Abdul Rahman, Aznah Hamid, Projector Band, Shikin Dangdut, Zarul Husin dan Encik Mimpi.

Turut diadakan ialah sesi uji bakat sebagai pelakon yang akan dikendalikan oleh syarikat produksi Tanah Beris Filem Production milik pengarah Shuhaimi Lua.

Tambahnya, idea untuk menganjurkan program tersebut datang selepas beberapa penganjuran program kecil-kecilan di Dataran Merdeka.

Zarul Husin dan Elly Mazlein antara artis yang akan membuat persembahan.
"Karyawan sering membuat program berkala sederhana di Dataran Merdeka dan sambutan mengalakkan membuatkan kami yakin untuk cuba menganjurkan program lebih besar.

"Kita berharap program seperti ini mendapat sokongan banyak pihak dan memberi menfaat kepada masyarakat setempat," ujarnya.

Dalam pada itu, Freddie menjangkakan seramai 10,000 pengunjung bakal hadir pada acara yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 11 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti persembahan kebudayaan, sukaneka, jualan produk seni dan lain-lain.

Program tersebut turut mendapat sokongan penuh dari Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), serta agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tags / Kata Kunci: Karyawan , Freddie Fernandez , WHAM

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan