Kemesraan Noh Salleh & Mizz Nina Di Instagram Jadi Inspirasi

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 6:30 AM

Noh kini bahagia bersama Mizz Nina.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Noh Salleh berkata, kemesraan dia bersama isteri iaitu Mizz Nina yang dipaparkan di laman sosial bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menawan hati isterinya itu.

Noh, 33, berkata, dia tidak menyangka perkara berkenaan memberi inspirasi kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin.

"Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain.

"Lagi pula ia merupakan perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi," ujarnya kepada mStar Online.

Dia mengulas tentang kemesraannya dengan Mizz Nina yang sering mendapat perhatian netizen.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Julai 2011.

Antara gambar dan kapsyen yang dimuatkan di Instagram Noh.

Noh berkata, sebagai selebriti dia berasa gembira jika perkara berkenaan dapat mendorong orang lain membuat kebaikan.

"Pada saya tanggungjawab sebagai selebriti menyebarkan perkara-perkara yang baik dan harus gunakan laman sosial untuk sesuatu perkara yang berfaedah.

"Lagi bagus jika apa yang dikongsi itu menjadi inspirasi kepada orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37, berkata, suaminya itu memang seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya.

Bagaimanapun mereka tetap mempunyai batasan tertentu untuk berkongsi tentang hal rumah tangga kepada umum.

"Kami ada batasan juga, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum. Kalau boleh apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Noh Salleh , Mizz Nina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan