Selebriti Tempatan Meriahkan Tayangan Eksklusif Anugerah Akademi 89

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 11:25 AM

Antara selebriti yang hadir pada majlis tayangan Anugerah Akademi Ke 89 di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur. FOTO: Instagram Kakifoto_

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehangatan Anugerah Akademi Ke-89 (Oskar) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Isnin (Ahad waktu tempatan) turut dirasai di Malaysia dengan kehadiran ramai selebriti tempatan bagi menonton siaran langsung acara berprestij itu di sini.

Majlis yang diadakan serentak dengan siaran eksklusif Oskar di saluran HBO langsung dari Hollywood Dolby Theatre itu dimulakan dengan acara karpet merah yang diacarakan oleh pelakon Juliana Evans.

Antara selebriti yang hadir pada acara di Ritz Carlton Kuala Lumpur ini ialah Fahrin Ahmad, Hisyam Hamid, Emma Maembong, Amelia Henderson, Kamal Adli, Shahrol Shiro serta Daphne Iking.

Para tetamu turut berpeluang menyaksikan Nabil Ahmad memikul tugas sebagai hos di karpet merah Anugerah Akademi bagi siaran HBO Sentral.

Tampil dengan busana menarik, para selebriti juga dapat mengikuti liputan secara langsung daripada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang berada di Los Angeles melalui skrin besar.

Anugerah yang diacarakan oleh Jimmy Kimmel ini dapat disaksikan secara langsung di HBO (Astro saluran 411 dan 431).

Kamal dan Daphne bertindak sebagai pengacara di Kuala Lumpur.

Kesemua artis mucul seawal pukul 7.30 pagi.

Tags / Kata Kunci: Oscars 89

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan