Ryan Gosling Pandai ‘Cilok’ – Nabil Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 4:24 PM

Nabil Ahmad teruja dapat menemubual aktor Jackie Chan (kanan). Foto dari Instagram Nabil.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertama kali diberi peluang mengacarakan segmen karpet merah di Anugerah Akademi ke-89 (Oskar), pelawak dan pengacara Nabil Ahmad melahirkan rasa teruja tatkala bertemu ramai selebriti popular antarabangsa.

Bagaimanapun menurut Nabil, 33, dia sedikit kecewa apabil hasratnya untuk menebual calon bagi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem La La Land iaitu Ryan Gosling tidak kesampaian.

"Ryan Gosling memang pandai cilok (menyelinap). Semua media memang menanti kehadiran dia tapi semua tak nampak.

"Mereka beritahu dia ada melalui karpet merah, tapi tak perasan kelibatnya untuk ditemubual," katanya pada Isnin.

Nabil sempat bergambar dengan hos popular, Mario Lopez di laluan karpet merah, Anugerah Akademi ke 89 di Los Angeles.

Anugerah itu berlangsung di Teater Dolby, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).

Nabil ditemubual pada acara tontonan eksklusif anugerah itu bersama selebriti tempatan anjuran HBO Asia di Hotel Ritz Carlton di sini pada Isnin.

Namun menurut Nabil dia sempat menebual beberapa selebriti Hollywood seperti Nicole Kidman, Denzel Washington, Emma Stone dan Jackie Chan.

"Ini pengalaman yang sangat menakjubkan dan menyeronokkan. Saya menemui ramai pelakon-pelakon hebat.

"Tolong bawa saya ke sini lagi tahun depan," katanya penuh ceria.

Menerusi lintas langsung itu Nabil ditemubual oleh Daphne Iking, Kamal Adli dan Syazwan Zakariah.

Rakaman temubual Nabil di karpet merah itu nanti akan disiarkan di saluran HBO Sentral.

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan