Eizlan Baharu Buka Pintu Hati, Belum Ada Calon Isteri

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 5:40 AM

Eizlan Yusof belum lagi temui calon yang sesuai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Eizlan Yusof berkata dia belum bersedia untuk berkahwin sebaliknya pintu hatinya sudah terbuka untuk memberi peluang kepada orang baharu hadir dalam hidupnya.

Bagaimanapun, Eizlan, 46, berkata, buat masa ini dia belum ada wanita istimewa untuk dijadikan teman hidup.

"Saya belum sedia untuk berkahwin lagi, cuma saya sudah membuka pintu hati untuk kehadiran orang baharu sahaja.

"Saya masih mencari-cari wanita yang sesuai untuk menjaga saya dan keluarga," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Lara Aishah ini menjawab khabar angin bahawa dia bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.

Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun, 31, pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 9, Zareef Yusof, 7, dan Vie Zaalia, 4.

Tambah Eizlan, perkara itu tercetus daripada kenyataannya sebelum ini yang disalah tafsir oleh pembaca.

"Mereka keliru dan sangka saya nak kahwin gara-gara kenyataan saya bersedia untuk membuka pintu hati baru-baru ini," ujarnya.

Namun ditanya tentang anak-anaknya Eizlan berkata, mereka tidak ada halangan jika dia benar-benar membuat keputusan untuk berkahwin.

"Insya-Allah anak-anak saya okey, mereka sudah semakin besar dan faham," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan