Ary Malik Kini Kritikal Akibat Kanser Ovari

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2017 7:50 AM

Kita doakan agar Ary Malik segera sembuh. Foto dari Instagram miliknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini  akibat kanser ovari yang kini pada tahap empat.

Suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.

"Ary mengalami sakit-sakit kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan (Wangsa Maju) pada Mei lalu, barulah kanser ini dikesan.

"Mulanya kami ingat ia ketumbuhan biasa,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Ary Malik (tengah) juga mahir memasak.

Shahrul Nizam berkata, susulan itu sejak Jun tahun lalu Ary terpaksa menjalani kimoterapi bagi memulihkan kansernya itu sehinggalah terpaksa dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaannya semakin kritikal.

Ujarnya, doktor turut menjangkakan tumor akibat kanser yang dihidapi Ary itu dipercayai sudah merebak ke kepala.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen.

Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.
Tags / Kata Kunci: Ary Malik

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan