Sam Nuhair Tukar Imej Selepas Dihina Berwajah Buruk

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 6:30 AM

Sam Nuhair terpaksa menukar imej selepas penampilannya dikritik peminat. Foto SADIQ SANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara dihina wajahnya tidak sama seperti di televisyen bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Sam Nuhair berusaha mengubah penampilannya menjadi lebih baik.

Penyanyi yang sebelum ini dikenali sebagai Nuha, 24, berkata, dia berasa terkesan apabila ditegur oleh seorang wanita yang meminatinya ketika berada di AF2014.

Saya pernah ditegur oleh seorang makcik yang berkata saya tidak seperti yang dilihat di televisyen, di luar wajah saya buruk.

"Saya tersentak dan perkara itu bermain di fikiran sehingga saya belajar untuk menjaga penampilan ketika di luar.

"Saya belajar bersolek dan pakai kanta lekap semata-mata untuk nampak lebih menarik," ujarnya kepada mStar Online.

Sam Nuhair ditemui pada majlis Up Close & Personal yang diadakan di Red Box, The Gardens, di sini, Khamis.

Syam Nuhair menunjukkan gambar pada single terbaharunya berjudul 'Kau Menjauh'.
Pemilik nama sebenar Syamila Nurhair Zainordi ini berkata, dia juga belajar menyesuaikan diri dengan penampilan lebih kewanitaan.

"Saya selesa atau tidak itu perkara kedua, apa yang penting orang selesa untuk melihat saya.

“Saya belajar bergaya macam wanita-wanita berhijab lain di laman sosial dan cuba berkasut tinggi," ujarnya yang menganggap dirinya seorang yang agak kasar.

Dalam pada itu, Sam muncul dengan single terbaru berjudul Kau Menjauh yang merupakan percubaan keduanya untuk menempatkan diri dalam industri.

Dia yang kini berada bawah syarikat pengurusan Joe PRC International yakin peluangnya lebih cerah untuk bersaing dengan artis tanah air lain.

"Bukan mudah untuk berada dalam industri, saya pernah ditipu beberapa kali dengan orang dalam industri.

"Saya harap single kedua ini boleh memberi ruang sedikit untuk menempatkan nama dalam industri seni tanah air," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Sam Nuhair

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan