Pengalaman Ditipu Rakan Buat Salma Berhati-Hati

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 12:14 PM

Salma ketika membuat persembahan di pentas 3 Juara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Penyanyi Salma, 26, memberitahu pengalamannya ditipu kenalan suatu ketika dulu menjadikan dia lebih berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang.

Juara program realiti 3 Juara ini berkata, apa yang dikesalkan, kejadian tipu itu dilakukan orang yang sama  beberapa kali.

"Mungkin ketika itu saya terlalu naif sehingga mempercayai dan menuruti apa kata orang tanpa mengesyaki ada yang cuba menangguk di air keruh.

"Saya dijanjikan untuk menjayakan show yang katanya tanpa berbayar sebaliknya saya difahamkan pihak menganjur ada menyediakan token untuk saya. Persoalannya ke mana duit itu?

"Perkara itu beberapa kali berlaku dan bila saya mengetahui perkara sebenar, saya rasa amat terkilan kerana yang berbuat onar adalah orang yang saya kenal dan percaya," katanya kepada mStar Online.

Salma dan Ajai semasa diumumkan sebagai pemenang 3 Juara pada Januari lalu.
Dalam pada itu, jelas Salmah A.Asis ini lagi, dia tidak pernah menyimpan rasa dendam terhadap individu itu apatah lagi memikirkan industri hiburan tempatan terlalu kecil dan mereka pasti akan jumpa kembali.

Malah katanya, dia percaya pengalaman seumpama itu ibarat asam garam yang perlu dilalui setiap pendatang baharu yang giat mencari tapak di dalam industri seni.

"Kalau dulu orang mungkin boleh perkotak-katikkan saya sebab saya naif dan terlalu mengikut kata, tetapi hari ini ia mengajar saya menjadi seorang yang lebih matang.

"Dan saya percaya kejayaan yang datang pada hari ini juga adalah aturan dari Yang Maha Esa kerana sentiasa sabar menjadi mangsa aniaya orang," katanya.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya selepas dinobatkan sebagai Juara program 3 Juara yang lalu, kata isteri kepada penyanyi Azri dari Akedemi Fantasia 9 (AF9) ini lagi, sejak kerjaya diuruskan oleh  Wake The Baby Record, rezekinya semakin murah.

"Setiap minggu pasti ada jemputan show dan saya rasa perjalanan kerjaya seni lebih teratur sejak diuruskan oleh label rekod milik abang Ajai ini.

"Terkini, saya baru sahaja selesai merakamkan single bergenre balada ciptaan abang Ajai bertajuk Akhirnya Cinta.

"Jujur lagu ini amat mencabar kerana saya perlu mencapai nada tinggi dan itulah yang membuatkan Akhirnya Cinta mampu saya luahkan dengan penuh emosi,” katanya.

Salma sebelum ini pernah menjuarai program realiti Mentor musim kelima dan merupakan protege kepada penyanyi Erra Fazira.

Bagaimanapun bintang Salma dilihat masih malap selepas program tersebut sebelum dia mengambil keputusan untuk menyetai 3 Juara mewakili kategori balada dan diumumkan sebagai Juara keseluruhan menerusi Pentas Epik 3 Juara.
Tags / Kata Kunci: Salma

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan