Lisa Surihani Dilantik Duta UNICEF

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 5:48 PM

Lisa Surihani (tengah) dilantik sebagai duta UNICEF Malaysia dan mereka yang terlibat dalam organisasi berkenaan. Foto SAM THAM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktres Lisa Surihani pada Selasa telah dilantik sebagai duta terbaru Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) Malaysia.|

Lisa, 31, berkata, dia rasa begitu berbesar hati apabila pihak UNICEF Malaysia menawarkan peluang itu kepadanya apatah lagi dia sendiri seorang yang sukakan kanak-kanak.

"Ini merupakan antara impian saya sejak dulu untuk sama-sama turut serta secara sukelarela membela nasib kanak-kanak terbiar.

Lisa akan menggunakan laman sosial untuk kongsi kempen UNICEF.
"Sejak bergelar ibu, perasaan saya terhadap kanak-kanak semakin sensitif dan lebih bersifat pelindung selain mudah memberontak saat melihat kanak-kanak menjadi mangsa individu tidak bertanggugjawab.

"Justeru dengan peluang ini, saya harus berterima kasih kepada UNICEF kerana inilah waktunya saya dapat bersama-sama menyumbang tenaga dan idea membela nasib kanak-kanak khususnya di Malaysia menerusi platform yang betul," katanya kepada mStar Online.

Lisa ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta organisasi itu armalade, Bangsar Village II, di sini pada Selasa.

Beliau kini hamil anak kedua.

Dalam pada itu, kata pemilik nama sebenar Lisa Surihani Muhamed lagi, dia akan terus menggunakan laman sosial sebagai medium untuk berkongsi kempen kesedaran berkaitan perlindungan kanak-kanak.

UNICEF merupakan salah satu organisasi bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 11 Desember 1946 di New York, Amerika Syarikat.

Dana untuk organisasi ini dikumpulkan daripada sumbangan sukarela dari seluruh dunia dalam usaha menyalurkan kesedaran dalam usaha  membela hak asasi kanak-kanak selain membasmi kemiskinan, kekerasan, wabak penyakit dan diskriminasi.
Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan