Aliff Aziz Teruja Isteri Hamil 16 Minggu

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 6:30 AM

Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah bakal menimang cahaya mata pertama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu isterinya, Bella Astillah kini sedang hamil anak sulung mereka.

Aliff berkata dia memberi reaksi itu kerana teruja dan tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa dalam masa beberapa bulan lagi.

"Kami tidak merancang bila masa sesuai untuk mendapatkan anak dan berita kehamilan ini memang satu kejutan.

"Alhamdulillah kami bersyukur dan gembira kerana cahaya mata ini akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami selain anak adalah pembawa rezeki," katanya kepada mStar Online.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26 dan Bella, 23, berkahwin pada 9 September tahun lalu.

Bercakap mengenai Bella, Aliff berkata, isterinya itu sudah hamil kira-kira 16 minggu dan dijangka bersalin sekitar Julai depan.

Jelas Aliff, pada awal kehamilan Bella mengalami alahan yang agak teruk namun kini keadaannya beransur pulih.

Bella berkongsi berita kehamilannya di Instagram.

"Selain daripada alahan, pada awal kehamilannya Bella agak sensitif sikit mungkin kerana masih ingin membiasakan diri kerana ia adalah pengalaman pertamanya.

"Alhamdulillah kini keadaannya lebih baik dan 'morning sickness' (alahan mengandung) pun sudah tiada lagi," ujarnya.

Bakal bergelar bapa, Aliff berkata dia berazam untuk menjadi seorang lelaki lebih baik demi keluarga dan bayi yang bakal dilahirkan.

Kata Aliff lagi, dia juga bersemangat untuk mengukuhkan kerjayanya selain mahu terus bekerja keras.

"Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya pada tahun ini dan sekarang ia bukan lagi tentang diri saya tetapi keluarga dan anak.

"Saya perlu bekerja keras bukan untuk diri sendiri lagi tetapi isteri dan anak," katanya.

Aliff dan Bella teruja bakal menimang cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Aliff berkata, dia baharu sahaja melancarkan single berjudul Sandar Padaku duet bersama pelakon Mira Filzah.

Kata Aliff, lagu yang dicipta oleh Panji Sakti itu juga adalah akan digunakan sebagai lagu tema drama bersiri lakonannya Meh Sandar Pada Aku yang akan disiarkan menerusi slot Dahlia TV3 bermula 26 Februari ini.

"Saya dan Mira adalah pelakon utama drama itu dan saya mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu duet sebagai lagu tema.

"Ia sekaligus memberikan kelainan kepada drama itu dan Mira pun sporting walaupun dia pada awalnya agak keberatan kerana tidak yakin boleh menyanyi.

"Tetapi saya cuba yakinkan dia dan apa yang kami lakukan ini hanya untuk drama itu. Alhamdulillah percubaannya menjadi," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan