'Si Cilik MeleTOP' Kategori Baharu AME 2017

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 5:09 PM

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam Anugerah meletop Era 2017. Foto SHAARI CHEMAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kategori baharu iaitu Si Cilik Meletop diperkenalkan dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 yang bakal berlangsung pada 23 April depan.

Kategori berkenaan menyenaraikan 20 anak pasangan selebriti yang popular di media sosial yang akan berentap pada pencalonan awal.

Antara kanak-kanak popular yang dicalonkan ialah anak pasangan Awal Ashaari & Scha Al Yahya iaitu Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan & Zain Saidin), Yusuf Iskandar (Hairul Azreen & Hanis Zalikha), dan Aisy Mateen (Yana Samsudin & Fadzil Zahari).

Menurut Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris, penambahan kategori baharu itu cukup bertepatan dengan trend media sosial ketika ini.

"Bersesuaian dengan penjenamaan AME yang mengangkat personaliti dan karya paling hit, penambahan kategori baharu Si Cilik MeleTOP dilihat mengikut trend masa kini.

"Keletah anak selebriti tempatan sering mendapat perhatian luar biasa sehingga mampu meraih populariti yang tidak perlu dipertikaikan," ujarnya kepada mStar Online.

Neelofa dan Nabil akan bergandingan sebagai hos dalam Anugerah Meletop Era 2017 pada 23 April depan.
Namanzee ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era (AME) 2017 yang diadakan di Mango's Paradise Cafe, Trec KL, Selasa.

AME 2017 memperkenalkan 17 kategori pencalonan.

Pada majlis tersebut Nabil Ahmad dan Neelofa diumumkan sebagai hos anugerah itu.

Selain Si Cilik Meletop, antara pencalonan lain ialah Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Group/Duo MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Baru Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Drama MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Program MeleTOP.

Turut diperkenalkan Hos MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Couple MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Sementara itu, Namenzee berkata, mereka masih mengekalkan format menghakiman seperti tahun lalu yang membuka penyertaan kepada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit dan artis.

"Penyertaan telah dinilai oleh penal juri jemputan khas yang berpengalaman sekali gus bertanggungjawab memilih 20 calon awal dalam setiap kategori," ujarnya.

Undian fasa pertama untuk menyenaraikan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka bermula pada 21 Februari hingga 19 Mac depan.

Pusingan kedua untuk menentukan pemenang akan dibuka pada 28 Mac hingga 23 April depan.

AME 2017 akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, pukul 9 malam yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro on the Go.
Tags / Kata Kunci: Anugerah Meletop Era , AME 2017

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan