Usia Tak Halang Zarul Husin Bergelar Pelakon

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 6:30 AM

Zarul bakal muncul dalam drama bersiri berjudul Cik Serba Tahu tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Zarul Husin tidak melihat usianya yang kini sudah pun mencecah 44 tahun sebagai halangan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Zarul yang juga vokalis kumpulan Umbrella sebaliknya berkata, dia melihat perkara itu sebagai kelebihan asalkan ada minat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.

"Saya tidak melihat ia sebagai sudah terlambat asalkan ada usaha dan minat Insya-Allah semua boleh dilakukan.

"Lakonan adalah perkara baharu dalam karier saya tetapi saya sangat teruja apabila mendapat peluang untuk berlakon," katanya kepada mStar Online.

Zarul bakal muncul dalam drama 16 episod iaitu Cik Serba Tahu disamping Remy Ishak, Sari Yanti dan Aedil Putra pada April depan.

Bercakap mengenai pengalaman berlakon, Zarul berkata drama itu adalah penampilan sulungnya dan memegang watak seorang lelaki yang berusia 30-an.

Pun begitu kata Zarul dia tidak melihat ia sebagai satu halangan apabila perlu berlagak 'muda' kerana itu adalah cabaran untuk menjayakan peranan diberikan.

"Barangkali cabaran saya adalah perlu brlakon disamping barisan pelakon yang jauh lebih muda dan saya perlu berlagak sebaya dengan mereka.

"Dalam Cik Serba Tahu saya pegang watak sebagai seorang lelaki bujang terlajak berusia 30-an.

"Tetapi ia pengalaman baharu dan ia juga menyeronokkan tambahan pula ia adalah percubaan kali pertama sebagai pelakon," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, perjalanan karier seninya semakin teratur sejak meninggalkan kerjaya sebagai pramugara baru-baru ini.

Jelasnya walaupun penat dengan pelbagai komitmen namun dia puas kerana segala perancangan yang diatur berjalan dengan baik.

"Alhamdulillah karier berjalan seperti apa yang saya bayangkan selepas meninggalkan karier di awam biru.

"Cuma saya perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan momentum sedia ada walaupun sibuk dan penat dengan pelbagai aktiviti seni," ujarnya.

Sementara itu, Zarul berkata, selain berlakon dia juga sedang mencari material sesuai untuk single terbaharunya.

Tags / Kata Kunci: Zarul Husin , Umbrella , Cik Serba Tahu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan