'Apa Ini Cinta', Lagu Istimewa Buat Peminat Forteen

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 6:00 AM

Forteen dianggotai oleh Izzue Islam, One, Ameer dan Ariz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Forteen kembali bersaing dalam industri muzik tempatan dengan single terbaharu mereka berjudul Apa Ini Cinta.

Lagu ciptaan komposer Edry Abdul Halim ini mengisahkan tentang kekeliruan perasaan seseorang yang baharu ingin bercinta.

Ahlinya, Izzue Islam berkata, lirik lagu tersebut sesuai dengan golongan peminat kumpulan itu yang kebanyakkannya masih remaja.

"Menariknya tentang lagu ini, ia mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana mereka berasa ragu-ragu adakah perasaan itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan.

"Situasi ini sememangnya kerap berlaku dan sudah pasti semua orang pernah merasainya," ujarnya.

Forteen turut dianggotai oleh One, Ameer dan Ariz.

Selain itu, lagu berkenaan juga bakal menjadi lagu tema Menanti Februari yang bakal dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Fathia Latiff.

Drama terbaru Sha's Media Sdn Bhd itu akan disiarkan di Slot Samarinda, TV3 bermula 27 Mac depan.

"Kami harap orang ramai khususnya peminat setia Forteen dapat menerima lagu ini dan terus memberikan sokongan kepada kami," ujarnya.

Selain itu, audio dan lirik video sudah di muat naik di saluran YouTube.

Tags / Kata Kunci: Forteen

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan