Amy Mastura Elak Bergaduh Sesama Artis

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 6:00 AM

Amy Mastura

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Status sebagai artis senior bukan tiket bagi penyanyi dan pelakon Amy Mastura untuk bersikap meninggi diri terutama terhadap pendatang baharu industri hiburan.

Jelas Amy, 45, prinsip suka mengelak daripada terlibat dalam pergaduhan sesama artis merupakan salah satu ramuan baginya untuk bertahan sejak 15 tahun yang lalu.

"Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripada dulu lagi.

Amy Mastura sentiasa positif dalam apa jua keadaan.
"Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Puteri Impian ini berkata, dia sentiasa mengamalkan sikap positif dalam apa juga keadaan dan menghindari suasana yang tidak sihat dalam perkerjaan.

Katanya, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang jurang terutamanya status antara artis lama dan baharu.

"Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu.

"Saya rasa itu bukan perkara besar kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tidak perasaan kita di situ. Saya juga kadang kala melalui perkara yang saya jika terlalu asyik berbual," ujarnya.

Penyanyi lagu Bintang Hati ini menjadi tetamu undangan dalam program bual bicara The Sarimah Show yang dihoskan Sarimah Ibrahim.

The Sarimah Show akan mula bersiaran pada 5 Mac depan.

Dalam program berkenaan Amy turut mendedahkan bahawa dia sering menyanyikan lagu secara miming jika dikehendaki oleh penganjur.

"Ya saya ada menyanyi secara miming dalam majlis-majlis tertentu atas permintaan penganjur. Ada penganjur yang tidak mempunyai sistem bunyi yang cukup.

"Saya tidak kisah kalau menyanyi secara live atau miming, asalkan perkara itu tidak menjadi masalah kepada penganjur," ujarnya. 


Tags / Kata Kunci: Amy Mastura

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan