Seniman Perkenal Skim Perlindungan Insurans

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 6:45 AM

Skim perlindungan insurans ini layak dinikmati oleh 6,000 ahli Seniman yang berdaftar. -foto KHAIRUL IMRAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebajikan penggiat industri hiburan semakin terbela apabila sebuah skim perlindungan insurans kini diperkenalkan kepada golongan berkenaan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata skim di bawah kelolaan Creative Content Industry Guild (CCIG) berkenaan layak dinikmati oleh 6,000 ahli yang berdaftar.

"Seniman amat menitikberatkan kebajikan ahli-ahlinya dan dengan adanya skim insurans sebegini ia dapat membantu mereka berhadapan risiko kecederaan sewaktu bekerja.

Skim perlindungan insurans berkenaan boleh dicarum oleh ahli Seniman secara sukarela.
"Memandangkan artis tidak mempunyai perlindungan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), adalah perlu bagi kami memiliki insurans khas dengan pelbagai faedah menarik," katanya pada Khamis.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil ditemui pada program dialog perubatan di dalam filem dan drama di Dewan Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini.

Turut terlibat dalam program tersebut ialah K Wealthlab Sdn Bhd, Medifeet, BUDI Group dan B'RICH.

Tambah Zed, skim yang pertama kali diperkenal kepada golongan penggiat seni itu akan memberi perlindungan berkaitan kecederaan dan kecacatan kekal kepada pencarum.

"Setiap ahli yang berdaftar dengan skim ini akan menerima satu kad khas bagi memudahkan mereka beurusan dengan pihak hospital," katanya.

Bagaimanapun kata Zed, Seniman tidak akan mendesak ahli-ahlinya untuk menyertai skim tersebut sebaliknya akan terus memberi pendedahan mengenai faedah yang bakal dinikmati oleh pencarum.

Dalam pada itu program dialog berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pihak produksi dan pelakon berhubung tataetika berkaitan profesion perubatan.

"Banyak kesilapan dilakukan pihak produksi dan pelakon ketika melakukan babak-babak perubatan.

"Contohnya tanpa pengetahuan yang cukup, mereka menggunakan alat-alat perubatan secara salah dan perkara ini adalah sesuatu yang memalukan kerana kita harus menyampaikan mesej yang betul kepada masyarakat," katanya.
Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi , Seniman

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan