Ramona Zam Zam Tepis Dakwaan Belum Mahu Anak

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 5:30 AM

Ramona Zam Zam gemar melancong bersama suami.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ramona Zamzam menepis dakwaan netizen kononnya dia dan suami, Rami Alashkar belum belum bersedia atau menolak kehadiran cahaya mata biarpun sudah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Ramona, 27, berkata, dakwaan itu lebih kuat diperkatakan apabila dia dan suami dilihat kerap bercuti ke luar negara seolah-olah masih belum puas menikmati percutian bulan madu umpama pasangan baharu berkahwin.

"Setiap orang yang mendirikan rumahtangga pasti ada impian untuk memiliki cahaya mata dan ia tidak terkecuali buat saya dan suami, cuma bukan pada waktu ini.

"Saya dan suami sememangnya suka melancong dan kesempatan ini kami ambil sementara belum mempuyai cahayamata kerana kami tahu bila mempunyai anak nanti, komitmen kami akan lebih tertumpu kepada anak," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam turut meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak mula mencemburui hubungan mesranya dengan suami.

"Disebabkan mereka melihat saya dan suami kerap bercuti bersama dengan aksi mesra di laman Instagram, ramai yang mula mengandaikan yang bukan-bukan sedangkan mereka tidak mengenali kami.

Sementara itu, kata bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini lagi, dia mahu fokus kepada kerjaya seninya selain merancang percutian bersama suami yang disifatkan sebagai satu terapi diri.

"Definasi kebahagiaan berbeza bagi setiap individu dan saya sejak dahulu sentiasa mengutamakan keluarga dalam apa jua keadaan kerana di situlah kebahagiaan saya.

"Sebab itu saya tidak kisah bila ada yang cuba membanding-bandingkan populariti dengan rakan-rakan seangkatan Dewi Remaja yang lain kerana saya ada kehidupan saya sendiri.

Tambahnya lagi, sekiranya dia mengejar populariti, dia tidak akan mengambil keputusan untuk berkahwin lebih awal berbanding rakan-rakan seangkatannya dalam pertandingan itu yang kini masih solo namun berjaya meletakkan nama di dalam industri.

Dalam perkembangan lakonan pula, Ramona baru sahaja selesai merakamkan satu program televisyen iaitu Perang Bibir yang akan ditayangkan pada Mac depan di saluran TV9.

"Selain itu, saya kini sedang dalam sesi penggambaran drama RTM berjudul  Hola Hermasa lakonan bersama Azrel Ismail dan akan menyambung penggambaran sebuah lagi drama bersama TV3 untuk slot seram komedi berjudul 'Jangan Tunggu Aku'.

"Seterusnya saya akan menjayakan drama Assalamualaikum YB untuk terbitan Astro Citra," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ramona Zam Zam

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan