Fobia Gemuk, Catriona Ross Tak Mahu Hamil Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 12:05 PM

Catriona kini rasa lebih dihargai dan bahagia membesarkan tiga cahaya mata bersama suami. -foto LOW LAY PhON

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara sering dicemuh penerbit drama kerana memiliki saiz badan yang besar, pelakon Catriona Ross mengakui pernah berhadapan masalah kemurungan hingga memaksa dia menjauhkan diri daripada industri hiburan.

Jelas aktres kacukan Melayu-Scotland itu, sebelum mengambil keputusan untuk berehat selama dua tahun, dia sering menerima kritikan negatif setiap kali mendapat tawaran berlakon atau ketika menghadiri sesi fotografi.

"Ketika itu saya baru ada seorang cahaya mata, tapi mereka menegur saya dengan cara yang memalukan seolah-olah saya sudah mempunyai ramai anak.

"Perkara itu nampak biasa, tapi ia membuatkan saya tidak yakin dengan diri sendiri dan saya sangat murung," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Catrional mengambil masa lima bulan untuk menguruskan badan dan dia berjaya menghilangkan berat sebanyak 17kg.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross kembali memeriahkan industri hiburan pada tahun lalu dan mula menerima tawaran berlakon yang sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Cucu Tauke Beras untuk HyppTV, di Besut, bulan lalu.

Cerita Catriona lagi, walaupun tidak langsing seperti zaman anak dara dahulu, dia berpuas hati dengan berat badannya kini iaitu 58 kilogram (kg).

"Dulu berat saya mencecah 75kg, tapi saya berjaya hilangkan 17kg dalam masa lima bulan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersukan dan kawal pemakanan.

"Saya lakukan secara semulajadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan," katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia juga sudah membulatkan tekad untuk tidak hamil lagi.

"Saya sudah bersusah payah untuk kurus, jadi cukuplah dengan tiga orang anak...saya tak mahu mengandung lagi.

"Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah," katanya sambil mengakui fobia untuk melalui proses kehamilan dan menguruskan badan.

Catriona, 37, dan suaminya Shaharuddin Mohktaruddin dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jammal Raess, 5 dan Edruce Riyadh yang kini memasuki usia dua tahun.

Akui Catriona lagi, dia berasa lebih dihargai suami dan orang di sekelilingnya dengan penampilanya pada waktu ini.

"Sekarang suami seakan sedikit cemburu kerana bila saya tembam dulu, dia tak kisahkan saya pun. Tapi bila saya sudah kurus sikit, dia seakan agak risau.

"Kini dia banyak bertanya jika saya nak keluar rumah, saya rasa seronok apabila kembali mendapat perhatian suami," katanya berseloroh sambil mengakui bahawa situasi itu baik bagi mengekalkan kebahagian rumah tangga.
Tags / Kata Kunci: Catriona Ross

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan