Zul Ariffin Ingin Hadiahkan Motosikal Peribadi Kepada Penonton Bertuah

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 12:44 PM

Zul Ariffin akui puas hati hasil filem J Revolusi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon kacak Zul Ariffin memberitahu dia membeli sebuah motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam filem terbaharunya J Revolusi.

Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 31, berkata, motosikal yang menjadi idamannya itu digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.

"Saya beri idea kepada penerbit untuk menambah babak aksi bermotor dan menawarkan diri untuk membeli sendiri motor yang ingin digunakan itu.

"Saya memang sudah lama idamkan untuk beli motosikal tersebut dan ini alasan terbaik untuk saya beli. Namun malangnya dua minggu selepas itu motor berkenaan terbabit dalam kemalangan ketika dibawa oleh seorang pelakon lagak ngeri," ujarnya kepada mStar Online.

Zul bersama motorsikal Ducati hypermotard.


Zul ditemui selepas majlis tayangan perdana filem J Revolusi yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Rabu.

Bagaimanapun, katanya, motosikal tersebut sudah dibaiki semula dan dia berhasrat untuk menghadiahkan kenderaan itu kepada penonton bertuah.

"Saya mahu beri sumbangan juga kepada filem ini dan saya akan beri motosikal berkenaan yang mana saya rasakan sesuatu yang istimewa kepada penonton filem ini.

"Kami akan adakan peraduan kepada penonton dan ada berbagai hadiah salah satunya kereta jenis Mazda," ujarnya.

Bercerita tentang filem aksi pertamanya itu, Zul yang memeggang watak Jay Zulkarnain mengakui mengalami luka-luka ringan akibat melakonkan 90 peratus aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

Katanya, dia berasa puas biarpun berhadapan dengan risiko dan bahaya sepanjang penggambaran filem berkenaan.

"Saya memang nak buat sendiri aksi dalam filem itu iaitu kira-kira 90 peratus saya buat sendiri. Ia pengalaman yang berbeza kerana selalu saya hanya bawa watak cinta sahaja.

"Saya ada beritahu mereka jika kemalangan berlaku pada saya, terus bawa sahaja ke hospital," ujarnya.

Barisan pelakon J Revolusi.


Filem J Revolusi turut dibintangi pelakon popular seperti Izara Aishah, Farid Kamil dan Fazura.

Filem yang mengisahkan tentang Jay Zulkarnain lakonan Zul yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). 

Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. 

Filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2 Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin , J Revolusi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan