Nikah Tahun Ini, Nora Danish Kurangkan Berlakon

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 1:13 PM

Nora mahu fokus keluarga selepas berkahwin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish berkata dia tidak lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama seperti yang dilakukan lima tahun lalu.

Nora, 36, berkata, dia yang meracang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini mahu memberi keutamaan kepada keluarga dan perniagaan yang diceburinya.

"Pada usia ini lakonan hanya sebagai hobi sahaja dan saya tidak serius seperti lima tahun lalu.

Nora Danish.
"Saya merancang untuk berkahwin tahun ini dan Insya-Allah mahu memberi fokus yang lebih kepada keluarga.

"Selain itu, saya juga sibuk dengan beberapa perniagaan yang saya ceburi," ujarnya kepada mStar Online.

Nora ditemui pada majlis tayangan filem Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan 2  yang diadakan di GSC Pavilion, malam Selasa.

Bagaimanapun, pelakon filem Isteri Untuk Dijual itu belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai tarikh perkahwinannya.

Dalam pada itu, Nora mengakui berbesar hati dipilih untuk terlibat dalam filem Indonesia popular Surga Yang Tak Dirindukan 2.

Katanya, dia melalui pengalaman berbeza sepanjang 20 hari penggambaran bersama pelakon-pelakon hebat dan dibawah produksi negara jiran itu.

"Saya berasa bertuah kerana terpilih untuk berlakon dalam filem tersebut bersama nama-nama besar di Indonesia dan mereka menerima kehadiran saya dengan baik.

"Selama 10 hari saya menjalani sesi proses bacaan skrip di Indonesia dan 10 hari menjalani penggambaran Budapest, Hungary," ujarnya.

Filem arahan pengarah filem Ayat-Ayat Cinta iaitu Hanung Bramantyo ini turut dilakonkan oleh Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan Reza Rahadian.

Surga Yang Tak Dirindukan 2 ini bakal ditayangkan di seluruh negara pada 16 Februari ini.
Tags / Kata Kunci: Nora Danish

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan