Masalah Ekonomi Tak Halang Farid Kamil Terus Memilih Tawaran

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 5:30 AM

Farid Kamil bakal muncul dengan filem terbaharunya yang berjudul J Revolusi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil memberitahu dia masih mementingkan kualiti sesebuah naskhah filem atau drama yang ingin dilakonkannya biarpun keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Farid, 34, berkata, kemelesetan ekonomi atau kejatuhan nilai ringgit tidak menghalangnya untuk terus bersikap memilih.

"Setakat ini saya masih memilih dan ingin berlakon sesebuah naskah yang saya rasa istimewa sahaja.

Masalah ekonomi tidak halang Farid untuk pilih karya terbaik.

"Berkaita tentang masalah ekomoni, saya belum terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit yang berlaku sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Farid mengulas sama ada dia masih memilih tawaran drama atau filem dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Tambahnya, dia yakin rezeki yang diterima lebih mendapat rahmat jika ikhlas melakukan sesuatu kerja yang disukai.

"Dari segi pencarian sumber makanan kita perlu memilih kerja yang baik dan perlu ikhlas. Saya percaya jika kita gembira dengan kerja yang dilakukan, kita akan rasa rahmat daripada rezeki yang diterima," ujarnya.

Selain itu, Farid yang bakal keluar dengan filem terbaharu berjudul J Revolusi mengakui ia sebuah filem yang memberi cabaran kepada dirinya.

Katanya, dia perlu menjalani latihan seni mempertahankan diri Kali selama dua minggu sebelum memulakan penggambaran.

"Filem ini memberi cabaran kepada saya apabila perlu memasuki kelas sini mempertahankan diri yang dikenali sebagai Kali selama dua minggu.

"Namun saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun banyak aksi lagak ngeri yang dilakukannya sendiri," ujarnya.

Filem aksi kepolisian itu akan mula ditayangkan seluruh negara pada 2 Mac depan.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata dia juga bakal memasuki penggambaran untuk sebuah drama Syukur Syawal yang bakal disiarkan di TV3 pada Hari Raya Aidilfitri.

Tags / Kata Kunci: Farid Kamil , J Revolusi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan