'Saya Nak Tahu Juga Datuk Mana' - Zara Zya

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 6:30 AM

Zara Zya tidak mengenali Datuk yang dikatakan sedang mengintainya untuk berkenalan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya terkejut apabila timbul gosip kononnya dia diintai seorang lelaki bergelar Datuk yang ingin mendekatinya.

Zara, 32, berkata, dia juga tidak tahu siapa sebenarnya identiti lelaki dimaksudkan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

"Saya pun tak tahulah Datuk mana yang ingin berkenalan dan sedang memerhatikan saya di laman sosial seperti diperkatakan.

Zara kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Hola Hermosa.
"Hendak juga saya tahu siapa individu dimaksudkan itu tetapi setakat ini tiada pula saya dapat panggilan atau mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan dengan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Zara mengulas mengenai gosip kononnya dia menjadi perhatian seorang Datuk bergelar ahli perniagaan yang meminatinya sejak dia muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa.

Malah lelaki berkenaan dikhabarkan mula meminta pegawai peribadinya mengintai Instagram Zara semata-mata ingin memantau aktiviti harian wanita itu.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia tidak mengambil terlalu serius mengenai perkara itu kerana merasakan ia gosip biasa yang perlu dilalui oleh seorang artis.

"Saya hendak komen lebih pun saya sendiri tak tahu siapa orangnya dan saya pun tak mahu terlalu memikirkannya kerana nama pun gosip," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Zara berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Hola Hermosa untuk siaran RTM.

Katanya lagi, dia juga akan berangkat ke Mexico selama tiga minggu untuk menjalani penggambaran drama itu di negara tersebut.

"Drama bersiri ini sebanyak 26 episod dan ia sangat menarik kerana ia mempunyai tiga kisah berbeza yang akan membuatkan penonton tertarik.

"Baki penggambaran akan dilakukan di Mexico dan Insya-Allah kami akan berangkat dalam masa terdekat," ujarnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga baharu selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Cupid bersama Hisyam Hamid untuk siaran Astro.
Tags / Kata Kunci: Zara Zya , Hola Hermosa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan