Fikry (Lawak Solo) Tak Sertai MLM2017 Kerana Pelajaran

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 6:20 AM

Fikry merancang untuk kembali menyambung pengajiannya di universiti yang berbaki dua semester lagi. Foto Instagram @fikryibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang tempat ketiga Lawak Solo, Fikry menjelaskan ketiadaannya dalam senarai peserta program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) bukan kerana tiada tawaran daripada pihak produksi.

Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 23, sebaliknya berkata, dia terpaksa menolak menyertai pertandingan tahunan itu kerana merancang untuk meneruskan pengajian di universiti yang berbaki dua semester lagi.

"Pihak Astro ada tawarkan saya menyertai MLM tetapi saya terpaksa menolak.

"Saya sebenarnya bercadang menyambung pengajian saya di universiti yang tertangguh sebelum ini dan ingin menyelesaikan baki dua semester," katanya kepada mStar Online yang dihubungi pada Ahad.

Untuk rekod, Fikry adalah penuntut dalam bidang Pengiklanan Fakulti Komunikasi Massa dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

MLM2017 yang bakal bermula pada 17 Februari ini turut memperlihatkan lima peserta Lawak Solo termasuk juaranya, Danial selain Mad Sabah akan berentap secara solo pada pertandingan itu.

Fikry adalah pemenang tempat ketiga program Lawak Solo.

Manakala AG Hafiz digandingkan dengan pelakon Raja Azri menerusi kumpulan Pistol, Dinn bersama Hobit (Amir, Bocil) dan Wan Gegau berganding dengan Wan dan Chot (XoXo).

Dalam pada itu, Fikri berkata dia tidak berasa ralat menolak tawaran itu kerana berazam untuk menyertai pada tahun hadapan sekiranya diberi peluang.

"Saya ingin habiskan pengajian saya terlebih dahulu kerana kalau ditangguh lebih lama mungkin sampai bila-bila ia tidak akan habis.

"Sekarang pun saya sudah mula rasa malas jadi tiada rasa ralat, Insya-Allah tahun depan jika ada rezeki saya akan masuk MLM," ujarnya.

Sementara itu, Fikry berkata, sekiranya dia menyambung kembali pengajiannya namun itu tidak bererti dia akan meninggalakan kariernya sebagai pelawak.

Kata Fikry, dia tetap akan menerima undangan persembahan pentas atau pun lakonan bersesuaian dengan jadual kuliahnya.

"Sebenarnya hanya satu semester sahaja yang memerlukan saya hadir ke kuliah dan semester terakhir saya akan menjalani latihan praktikal.

"Insya-Allah jika ada tawaran saya tak akan menolak dan akan cuba membahagikan masa di antara pelajaran dan karier.

"Malah saya ada dapat tawaran berlakon yang akan memulakan penggambaran pada April depan," jelasnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan