Dikutuk 'Kayu' Inspirasi Fattah Amin Hasil Buku Kata-Kata

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin berkongsi kata-kata yang memberi inspirasi kepadanya sepanjang bergelar anak seni dalam sebuah buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Fattah, 27, berkata, antara kata-kata istimewa yang dikongsi adalah berkaitan lakonannya sebelum ini pernah dikritik sebagai kayu.

"Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

"Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.

"Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai," ujarnya kepada mStar Online.

Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang diadakan di NU Sentral, di sini, Sabtu.

Katanya, idea menghasilkan buku tersebut dilakukan sejak tiga bulan yang lalu.

"Saya mengambil masa tiga bulan untuk kumpul semua kata-kata saya dan kata-kata orang luar kepada saya yang memberi semangat.

"Saya juga berharap ia berguna kepada orang lain ketika mereka berasa kurang bersemangat untuk menjalani kehidupan," ujarnya.

Selain itu, Fattah berkata, setiap pembelian buku tersebut turut menerima sebuah cekera padat yang memuatkan single pertamanya Wanita Terakhir yang turut memuatkan versi akustik.

Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM50 senaskah. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan