"Cincin Permata Hadiah Seorang Kenalan" - Raja Ilya

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 6:00 AM

Raja Ilya dilihat sering memakai cincin tersebut sejak tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Raja Ilya menafikan dirinya sudah bertunang selepas dia dilihat menyarung cincin bertahtahkan batu permata.

Raja Ilya, 32, berkata, cincin berkenaan diberikan oleh seseorang yang dianggapnya istimewa pada tahun lalu sebagai tanda perkenalan mereka.

"Saya sudah lama pakai cincin ini... kenapa baru sekarang ditanya? Tidaklah... ini bukan cincin bertunang atau merisik.

"Ia hanya cincin sebagai tanda kenalan sahaja daripada seseorang.

"Dia bagi... jadi saya ambil sahaja dan pakai," ujarnya kepada mstar Online.

Ilya yang sebelum ini mengesahkan mempunyai kekasih seorang jejaka berasal dari Australia berkata, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga ketika ini selain mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap keluarga.

Barisan pelakon filem Soulmate Hingga Jannah.

"Secara jujurnya saya tidak yakin dengan cinta jarak jauh, kalau saya terima lamaran dia, saya perlu tinggal di sana.

"Saya pula perlu jaga ibu saya yang sakit dan beberapa ekor kucing kesayangan yang saya bela sejak kecil," ujarnya.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia kini sibuk dalam perancangan nuntuk menerbitkan sebuah filem dengan kerjasama produksi negara Indonesia.

Proses penerbitan itu juga bakal dimulakan tidak lama lagi.

"Jadual saya agak sibuk tahun ini, selain berlakon saya juga dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem pertama yang bakal berkolaborasi dengan produksi Indonesia," ujarnya.

Sementara itu bercerita tentang filem terbaharunya berjudul Soulmate Hingga Jannah, dia mudah untuk mendapatkan keserasian bersama pelakon gandingannya iaitu Taufik Batisah.

Dia juga kagum dengan isteri aktor itu yang memberi kebenaran untuk melakonkan babak-babak romantik.

"Taufik adalah pelakon lelaki yang paling serasi dengan saya, kami mudah untuk berasa selesa dan melakonkan babak romantik.

"Isteri dia yang turut berada di lokasi juga sporting dan banyak memberi keizinan untuk kami melakonkan babak tersebut," ujarnya.

Filem Soulmate Hingga Jannah  merupakan arahan Prof. Datuk A. Razak Mohaideen dan turut dibintangi oleh Erra Fazira, Reen Rahim dan Douglas Lim.

Filem bergenre komedi romantik ini bakal ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura bermula 16 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: Raja Ilya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan