Filem Pertama Radhi Khalid Tergendala Kerana Tiada Dana

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 6:20 AM

Radhi Khalid memberitahu sedang mencari dana bagi membolehkan filem terbitan pertamanya berjudul Raju Raja diteruskan selepas lima tahun tergendala.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Radhi Khalid memberitahu filem terbitan pertama syarikatnya, Radhikal Films berjudul Raju Raja tergendala selama lima tahun kerana kekurangan dana.

Radhi atau Muhammad Radhieddeen Abd Khalid, 53, bagaimanapun berkata, dia masih belum berputus asa untuk melihat karya sulungnya itu disiapkan sekaligus ditayangkan untuk tontonan umum.

"Persiapan skrip dan pra-produksi sudah pun siap cuma penggambaran sahaja masih tergendala kerana memerlukan dana sebanyak RM2 juta.

Radhi masih aktif berlakon.
"Tambahan pula filem ini bukan sahaja menggunakan pelakon tempatan tetapi daripada India dan ia sudah tentu memerlukan belanja yang besar.

"Bagaimanapun saya masih belum berputus asa untuk menyiapkan filem ini dan masih mencara dana dan penaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Radhi berkata, walaupun skrip Raju Raja sudah siap namun ia perlu dirombak semula agar ia lebih relevan dan sesuai dengan peredaran zaman.

"Saya sudah siapkan skrip filem itu sudah lama dan ada beberapa bahagiannya sudah tidak lagi sesuai dan perlu dirombak semula.

"Pada saya ia perlu dilakukan bagi memastikan hasilnya nanti tidak kelihatan ketinggalan zaman dan relevan," katanya.

Sementara itu, Radhi berkata, dia masih aktif berlakon walaupun dia kini dilihat jarang muncul di televisyen.

Malah katanya, dia bakal muncul dalam dua buah filem pada tahun ini iaitu Misi Operasi X arahan Zulkeflie M. Osman dan Filem Orang Itu arahan Ida Nerina.

"Saya masih berlakon mungkin orang sahaja tak perasan malah ada dua filem yang menampilkan saya akan keluar pada tahun ini.

"Selain itu, saya sibuk dengan kerja-kerja penerbitan dokumentari, iklan dan drama syarikat saya dan Alhamdulillah banyak juga projek telah kami hasilkan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Radhi Khalid , Raju Raja

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan