Pelawak Baharu Beri Saingan Dalam Maharaja Lawak Mega 2017

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 6:00 AM

Amir (Raja Lawak) bergabung dengan Bocil dan Dinn menerusi kumpulan Hobit. Foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 15 kumpulan pelawak dan tiga pelawak solo bakal berentap di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.

Ketua Saluran Melayu Astro, Rakim Ahmad berkata, seramai lapan peserta daripada program Lawak Solo musim pertama akan beraksi secara solo dan digabungkan dalam kumpulan.

"Kami pasti penonton berasa teruja untuk menyaksikan barisan peserta yang berentap kali ini.

"Kita bukan sahaja dapat melihat juara MLM 2014 iaitu Zero dan Juara MLM 2016 iaitu Bocey yang akan berentap, malah muka-muka baru daripada progran Lawak Solo.

"Selain itu, beberapa peserta daripada negara seberang Indonesia iaitu kumpulan Abioso dan peserta solo Dzawin bakal menunjukkan bakat mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey turut berentap pada MLM 2017.

Raqim ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan di sini, Rabu.

MLM 2017 bakal disertai oleh 15 kumpulan lawak termasuk Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif & Syaiful, Shiro (Ajak & Shahrul), Bocey (Abam, Fad & Achey), Joras (Rahim, Joey, Syuk) dan Mamu (Ajo & Babu).

Selain itu, kumpulan Xoxo yang dianggotai oleh Nice (Achong, Ropie & Tauke), Pistol (Raja Azri & AG Hafiz), Puteh (Mamak & Ali), Hobit ( Amir, Bocil, & Dinn) DAN Masin (Vicha, Mamat, & Jiggy).

Turut menyertai program ini ialah kumpulan pelawak dari Indonesia Abioso yang dianggotai oleh Amin, Sarip & Mamat.

Manakala, tiga pelawak solo yang akan beraksi ialah Danial, Mat Sabah dan Dzawin.

Kesemua peserta bakal berentap bermula 17 Februari ini.

Tambah Raqim, MLM masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus penghakiman daripada juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bagi program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi manakala naib juara sebanyak RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima.

Program ini bakal bersiaran secara langsung di Royal Teater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna dan Mustika HD.

Tags / Kata Kunci: Maharaja Lawak 2017 , MLM 2017

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan