Tiket VIP RM958 Konsert Zainal Abidin Laris Dijual

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 6:00 AM

Zainal akan membuat persembahan pada 25 Februari depan sempena 35 tahun penglibatannya dalam dunia seni. FOTO: KHAIRUL IMRAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Zainal Abidin melahirkan rasa terkejut dan teruja apabila 100 tiket VIP bagi menyaksikan persembahan The Musical Journey of Zainal Abidin - 35th Anniversary Concert Featuring Headwin habis dijual.

Menurut Zainal, 58, dia terharu apabila ada peminatnya sanggup berhabis ratusan ringgit untuk melihat persembahannya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 Februari depan.

“Saya tak sangka mereka sanggup berbelanja semata-mata untuk meraikan 35 tahun penglibatan saya dalam industri muzik.

“Lebih membanggakan ialah kebanyakan pembeli tiket VIP di kalangan peminat saya dari Singapura dan Brunei,” katanya kepada mStar Online.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media di Hard Rock Café di sini pada Selasa mengenai persiapan akhir konsert berkenaan Selasa.

Zainal Abidin (tiga dari kiri) bersama anggota Headwind.

Tiket persembahan yang bakal menyaksikan Zainal dan Headwind kembali bergabung selepas 25 tahun menerusi pentas berskala besar itu dijual pada harga serendah RM158 hingga pakej VIP bernilai RM958 yang dilengkapi album edisi terhad Zainal dan baju kemeja-T.

Pembeli tiket VIP juga berpeluang menghadiri sesi makan malam eksklusif  bersama Zainal.

Tambah bekas vokalis kumpulan Headwind itu, dia bakal menyampaikan sebanyak 17 buah lagu hitsnya secara solo antaranya ialah Hijau, Manis, Orak Arek, Puteri, Bongkar, Debu Liar dan Damai.

Selain itu Zainal dan Headwind bakal mengimbau kenangan mereka bersama ketika era 80-an menerusi lagu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan Pelangi.

Selain itu menurut Zainal, dia juga bakal menyampaikan empat buah lagu secara akustik termasuk satu lagu Kau Di Hatiku sebagai tribute kepada Allayarham Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia pada 29 Disember lalu.

Zainal banyak melakukan senaman kardio untuk mendapatkan stamina.

“Saya tidak nyanyikan lagu Satu yang kami rakamkan secara duet kerana saya gagal mencari seorang penyanyi yang boleh membawa lagu itu dengan baik seperti Allahyarham Tan Sri SM Salim.

“Jadi saya memilih lagu Kau Di Hatiku untuk didedikasikan kepada beliau bagi mengenang jasa dan sumbangannya kepada industri seni negara,” katanya.

Ditanya mengenai persiapanya untuk menyanyikan lebih 30 buah lagu, Zainal berkata dia mula memberi fokus kepada kekuatan staminanya bagi memberikan kepuasan kepada penonton.

“Umur pun sudah meningkat, jadi saya perlu mantapkan stamina agar kekal bertenaga. Saya mula pergi ke gimnasium untuk melakukan senaman kardio dan sebagainya.

“Saya berharap peminat berpuas hati dengan persembahan kami nanti,” katanya.

KHAIRUL IMRAN
Tags / Kata Kunci: Zainal Abidin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan