Rizal (AF5) Cemburu Kejayaan Rakan Seperjuangan

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 6:30 AM

Bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima, Rizal Ayub masih belum berputus asa untuk menaikkan kembali namanya dalam bidang seni. Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) Rizal Ayub mengakui cemburu melihat kejayaan beberapa rakan seangkatannya dalam program itu yang masih bergiat aktif dalam bidang seni.

Rizal atau Hasfarizal Ayub, 30, berkata, perasaan itu juga telah membuatkan dia bersemangat untuk kembali merancakkan karier seninya yang agak malap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Sudah tentu ada perasaan cemburu apabila melihat rakan-rakan berjaya dalam bidang seni tetapi tidaklah sampai iri hati.

Rizal masih aktif sebagai penyanyi.

"Cemburu itu sebenarnya sebagai pemangkin semangat untuk saya bangkit kembali membina nama yang telah mula dilupakan," katanya kepada mStar Online.

Antara artis yang sama-sama bertanding dengan Rizal dalam AF5 adalah Mila Jirin, Ebi  Kornelis, Aizat Amdan, Dafi, Heliza Helmi dan Shawal.

Dalam pada itu, Rizal berkata, walaupun menyedari hakikat di sudah lagi tidak popular namun minat mendalam terhadap nyanyian membuatkan semangatnya terus membara untuk membuat kemunculan semula.

Kata Rizal lagi, dia tidak kisah sekiranya perlu merangkak semula daripada bawah asalkan dapat meneruskan karier dalam bidang seni.

"Dari segi populariti memang sudah tiada tetapi semangat dan minat itu masih membara dalam diri saya.

"Saya sedar persaingan hebat daripada bakat-bakat baharu tetapi pada saya ia bukan alasan untuk terus berusaha asalkan ada semangat dan minat.

"Tidak mengapa jika saya perlu bermula kembali dari bawah kerana memang masih banyak perkaray ang perlu saya belajar," katanya.

Sementara itu, Rizal memberitahu dia sebenarnya tidak pernah menghilangkan diri malah masih aktif mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.

"Saya memang sepenuh masa menyanyi dan Alhamdulillah rezeki nyanyian tidak pernah putus dan sentiasa ada undangan nyanyian.

"Barangkali saya dilihat sepi kerana jarang muncul di televisyen atau mendapat publisiti," jelasnya yang merancang untuk tampil dengan single terbaharunya pada April depan.

Tags / Kata Kunci: Rizal Ayub , Akademi Fantasia 5 , AF5

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan