"Saya Sanggup Pegang Watak Ibu Tua" - Ziana Zain

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 6:45 AM

Ziana akui terpaksa memilih karya yang baik sebelum setuju untuk kembali berlakon. -Foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain untuk kekal aktif dalam dunia hiburan.

Malah Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain berkata, dia juga semakin rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.

"Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak (kembali berlakon)?

Selain menyanyi dan berlakon, Ziana juga kini bergelar ahli perniagaan.
"Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak menggangu tugas sebagai isteri dan ibu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ziana, 49, dia tidak kisah untuk membawakan watak ibu tua walaupun pernah menggalas tugas sebagai heroin menerusi beberapa filem sikuel seperti Sembilu dan Maria Mariana.

"Janganlah nak demand, kita patut bersyukur dan terima seadanya. Dulu kita tengok orang, sekarang zaman kita pula (bawa watak ibu).

"Dengan cara itu kita akan rasa lebih dihargai, dihormati dan saya mahu grow old gracefully.

"Apa yang penting ialah jalan cerita, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah," katanya.

Kali terakhir Ziana berlakon ialah menerusi telefilem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.
Namun menurut Ziana, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.

"Sebagai pelakon yang sering disajikan dengan jalan cerita yang lengkap dengan unsur kekeluargaan, pengajaran dan cinta, saya perlu memilih sebelum bersetuju untuk kembali berlakon.

"Tapi sekarang banyak cerita untuk orang muda. Bagi saya kalau jalan cerita sekadar hiburan tapi tak ada pengajaran... tak menarik juga," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ziana Zain

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan