Raja Afiq Tak Serik Bercinta Sesama Artis

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 6:30 AM

Raja Afiq mengakui masih belum mempunyai teman istimewa. -foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hubungan singkat Raja Afiq bersama pelakon Anis Al-Idrus tidak mematahkan semangat aktor itu untuk menjalinkan hubungan istimewa bersama rakan selebriti.

Menurut Raja Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 23, kegagalan dalam percintaan lalu bukan penghalang baginya untuk mendekati mana-mana wanita termasuk di kalangan artis.

"Saya sentiasa terbuka untuk bercinta dengan sesiapa sahaja. Tak kisahlah jika jodoh saya nanti dengan artis ataupun sesiapa sahaja.

"Tak perlu serik (bercinta dengan artis) kerana hati budi setiap wanita adalah berbeza," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Raja Afiq tidak mementingkan rupa paras dalam mencari pasangan hidup.
Bagaimanapun menurut pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu, dia tidak mahu terburu-buru untuk mencari pasangan hidup.

"Buat masa ini saya masih solo, selesa berkawan dengan semua orang," katanya ringkas.

Pada Julai tahun lalu Raja Afiq dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 29, mengaku menjalinkan hubungan istimewa namun berpisah selepas kira-kira tiga bulan.

Sementara itu bercerita mengenai ciri-ciri wanita pilihannya, Raja Afiq berkata rupa paras bukanlah kriteria utama dalam mencari jodoh.

"Soal rupa tak perlu terlalu cantik, tapi biarlah sedap mata memandang.

"Tak mengapa kalau orang lain anggap tak cantik asalkan menarik di mata saya," katanya.

Selain itu tambah Raja Afiq dia mahukan seorang wanita yang mampu memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Paling penting wanita itu kena faham cara saya berkerja terutama membabitkan soal masa," katanya sambil menambah bahawa wanita yang pandai memasak merupakan bonus untuknya.
Tags / Kata Kunci: Raja Afiq , Anis Al-Idrus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan