'Suami Paling Sibuk Buat Persiapan Sambut Bayi' - Adira

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 6:40 AM

Adira menyerahkan tugas membuat persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya kepada suami, Datuk Seri Adnan Abu. Foto Instagram @adira.suhaimi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adira yang bakal bersalin pada Mac depan memberitahu menyerahkan semua tugas melakukan persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya kepada suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 26, berkata, suaminya itu teruja bakal menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka sehingga persiapan yang dilakukan juga berlebih-lebihan.

"Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun.

"Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya.

Adira dan suami bakal menimang cahaya mata pada Mac depan.
"Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja," katanya kepada mStar Online.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Dalam pada itu, Adira berkata, walaupun sedang sarat mengandung namun dia masih menerima tawaran persembahan tetapi hanya acara yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Kata Adira, dia menerima beberapa undangan persembahan kerana tidak mahu memanjakan diri selain mengelak berasa bosan kerana sering berehat.

"Suami tak halang saya teruskan kerja cuma dia tak bagi sekiranya persembahan itu diadakan di luar Kuala Lumpur.

"Tetapi sudah sampai tahap sekarang ini tidaklah selalu saya terima undangan cuma sekali-sekala bagi mengelak daripada berasa bosan," ujarnya.

Sementara itu, Adira berkata, dia akan menjalani tempoh berpantang di Kuala Lumpur dan ibunya akan datang untuk menjaganya.

"Insya-Allah bersalin dan berpantang di sini sahaja dan ibu saya akan datang dari Sabah untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu.

"Jika tak pun suami boleh jaga saya kerana dia sudah ada pengalaman sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Memilih Mencintaimu duet bersama Taufik Batisah.

Ia adalah lagu tema untuk filem 'Soulmate' Hingga Jannah.
Tags / Kata Kunci: Adira , Datuk Seri Adnan Abu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan