Siti Sarah Enggan Anak Terdedah Kepada Gajet

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 5:30 AM

Siti Sarah melarang penggunaan gajet kepada anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah memberitahu dia tidak menggalakkan anak-anaknya terdedah kepada gajet sebagai alat permainan.

Sarah atau Siti Sarah Raisuddin, 33, berkata, perkara itu adalah amalan yang tidak sihat dan hanya akan menjejaskan pembesaran anak-anaknya.

"Saya tidak benarkan anak-anak saya terdedah dengan gajet kerana bagi saya ia hanya akan merosakkan otak mereka sahaja.

"Biasanya budak-budak yang terlalu terdedah dengan gajet akan cepat menangis terutama kalau kita minta semula telefon atau tablet yang sedang mereka gunakan.

"Saya tidak mahu perkara itu terjadi kepada anak-anak saya," ujarnya kepada mStar Online.

Sarah berkahwin dengan pelawak Shuib Sepahtu dikurniakan tiga orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun dan 1 tahun.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap teknologi tersebut lebih banyak memberi keburukan kepada perkembangan kanak-kanak berbanding kebaikan yang diperolehi.

Bagaimanapun, katanya, ia merupakan pendapat peribadi dan tidak menghalang ibu bapa lain yang menggunakan kaedah berkenaan dalam penjagaan anak-anak mereka.

"Saya tahu akan ada yang marah dan tidak setuju dengan pendapat saya ini, ia terpulang pada mereka.

"Saya sayangkan anak-anak saya dan tidak mahu mereka terjejas," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan untuk menambah cahaya mata, Sarah berkata, buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya itu.

Katanya, dia tidak mahu terdapat rasa pilih kasih jika memberi perhatian kepada hanya kepada salah seorang anak yang sedang membesar.

"Saya rasa teruk jika saya hanya sibuk besarkan anak paling kecil dan kurang beri perhatian dengan yang sudah besar, jadi sekarang lebih baik saya merancang dahulu.

"Saya mahu beri fokus kepada mereka untuk membesar kerana tiga orang pun sudah cukup ramai untuk dibesarkan dalam situasi sekarang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah berkata, dia dalam proses untuk melancarkan album terbaharunya pada April depan.

Bagaimanapun kata Sarah, dia kini masih mencari lagu-lagu yang sesuai dengan jiwanya untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

"Banyak lagu yang diberi kepada saya tetapi nak pilih yang sesuai agak sukar kerana kebanyakannya tidak kena dengan jiwa saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Sarah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan