Seronok Jadi Ibu, Elaine Daly Rancang Tambah Anak

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 5:00 AM

Elaine Daly semakin bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan model Elaine Daly memberitahu kehidupannya kini lebih bahagia selepas berkahwin dan dikurniakan anak perempuan bernama Eva Jean Boden yang kini berusia setahun.

Elaine, 39, berkata, dia menikmati pengalaman indah sepanjang bergelar ibu dan berharap dapat dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam keluarga yang dibina sejak dua tahun lalu.

"Saya rasa seperti bermimpi kerana dua tahun lalu saya masih single dan hari ini saya sudah ada suami dan seorang anak pula.

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang dan menjadi ibu adalah satu fasa yang sangat berbeza tetapi ia sangat indah terutamanya ketika hamil.

"Saya berhasrat untuk tambah seorang lagi anak," ujarnya kepada mStar Online.

Elaine Daly bersama suami dan anaknya.

Pelakon Apa Dosaku ini berkahwin dengan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Borden pada 4 Disember 2014.

Sementara itu, Elaine berkata, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami dan menyokong kerjayanya dalam bidang seni.

Katanya, Nick sentiasa memberi semangat dan dorongan selain tidak menghalangnya terus aktif dengan aktiviti seni.

"Dia memahami kerjaya saya dan tidak pernah menghalang tetapi sebagai isteri dan ibu saya kena tahu batas-batasnya.

"Jika masa bujang boleh balik shooting lewat pagi, sekarang tidak boleh.

"Kita kena tahu tanggungjawab yang perlu diutamakan biarpun masih sibuk dengan kerjaya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan karier lakonannya, pelakon filem Permata Hati ini mengakui banyak menolak tawaran kerana merasakan ia tidak sesuai.

"Saya agak kurang kelihatan di televisyen sejak akhir-akhir ini kerana kurang ada watak yang sesuai.

"Ada banyak tawaran drama untuk watak komedi yang saya sukar untuk terima," ujarnya.

Selain itu, lakonan terbaharunya Permata Hati boleh dilanggan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari lalu.

Tags / Kata Kunci: Elaine Daly , Permata Hati

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan