Faizul Sany Tegur Fattah Amin Agar Siapkan Diri Sebagai Penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 6:00 AM

Faizul Sany membuat teguran terbuka kepada individu yang mahu memasuki bidang nyanyian agar menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan dalam industri. Foto Instagram @faizulsany

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizul Sany mengakui membuat teguran terbuka kepada individu yang mahu memasuki bidang nyanyian agar menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan dalam industri.

Faizul atau Mohd Faizul Sany, 31, berkata, teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Fattah Amin dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

"Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain.

"Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak.

Status Faizul dikatakan ditujukan kepada Fattah Amin.

"Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Faizul ditanya tentang kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Twitter minggu lalu yang didakwa menyindir nyanyian pelakon Fattah Amin selepas muncul dengan single pertama berjudulWanita Terakhir.

Bagaimanapun, Faizul berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian pelakon itu yang baharu ingin bermula.

Jelas Faizul dia hanya ingin mengajak masyarakat berfikir bahawa bukan mudah untuk bekerja dalam industri.

Fattah Amin muncul single Wanita Terakhir.

"Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca.

"Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti," ujarnya.

Sementara itu, Faizul berkata, dia kini aktif sebagai komposer dan penulis lirik untuk beberapa artis tempatan.

Antara lagu ciptaanya ialah Hati-Hati & Jaga-Jaga nyanyian Amira Othman, Haiyaya (Elizad) dan Aku Suka (Mya Nana).

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin , Faizul Sany

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan