Tambah Zuriat, Awal Mahu Beri Tumpuan Kepada Lara Alana

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 6:40 AM

Awal dan Scha bersama anak mereka, Lara Alana ditemui pada majlis pelancaran produk wangian pasangan itu di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari belum bersedia menimang cahaya mata kedua dalam waktu terdekat walaupun anak sulungnya, Lara Alana mula menunjukkan keinginan untuk mempunyai adik.

Awal, 36, berkata, Lara masih memerlukan perhatian khusus daripadanya dan isteri, aktres Scha Alyahya memandangkan anaknya itu baharu sahaja berusia dua tahun.

"Saya menyasarkan untuk menambah bilangan ahli keluarga apabila Lara menginjak usia tiga tahun kerana saya merasakan dia masih memerlukan perhatian dan kasih sayang khusus daripada kami.

"Tetapi sejak kebelakangan ini Lara mula menunjukkan minatnya terhadap bayi malah jika ke majlis perkahwinan dia sibuk hendak mendukung bayi yang dia nampak dan berlagak seperti seorang kakak," katanya kepada mStar Online.

Awal dan Scha ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Bléu By Awal Ashaari dan Maroón by Scha Al Yahya di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Scha sudah bersedia untuk mengandung lagi.

Sementara itu, Scha pula mengakui rindu untuk kembali merasai pengalaman berbadan dua selepas melahirkan Lara pada 2014.

"Saya memang rindu hendak hamil lagi tetapi pada masa sama ada perasaan risau dengan perubahan bentuk badan selepas bersalin.

"Apa-apa pun jika ada rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan suami-isteri ini mengakui Lara banyak membuka pintu rezeki kepada mereka sekeluarga.

Lara menjadi keutamaan Awal dan Scha.

Kata Awal, dia cuba menghadkan aktiviti seni anaknya itu selepas Lara memulakan pra-persekolahan selain kurang senang dengan persepsi yang mendakwa kononnya mereka cuba 'menjual' anak sendiri.

"Pada saya penggunaan perkataan 'jual' itu kurang sesuai, lebih manis kalau katakan ia sebagai rezeki untuk Lara.

"Alhamdulillah rezeki memang banyak sejak Lara dilahirkan dan sebagai ibu-bapa kami ada perancangan tersendiri seperti menyimpan semua hasil yang diterima anak kami untuk kegunaan pembelajarannya pada masa depan.

"Bagaimanapun kami akan hadkan aktivitinya selepas dia mula bersekolah nanti malah sekarang pun banyak tawaran kami tolak kerana ada yang kurang sesuai dengan usianya," kata Awal.

Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari , Scha Alyahya , Lara Alana

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan