Amir Akui Karier Perlahan Sejak Juarai AF2016

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 6:30 AM

Amir mengakui perjalanan karier seninya bergerak perlahan selepas menjuarai program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) Oktober tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Amir mengakui perjalanan karier seninya bergerak perlahan selepas menjuarai program Akademi Fantasia 2016 (AF2016) Oktober tahun lalu.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 21, bagaimanapun berkata, dia sudah menjangkakan situasi berkenaan kerana menyedari persaingan yang agak sengit daripada penyanyi sedia ada.

"Apa yang saya lihat perkembangan kerjaya saya selepas AF berakhir memang agak perlahan tetapi sokongan daripada peminat itu masih ada.

"Saya sudah menjangkakan keadaan ini sejak awal lagi kerana persaingan daripada penyanyi sedia ada tambahan pula saya masih baharu.

"Tawaran persembahan juga memang tidak banyak tetapi ia langsung tidak melemahkan semangat saya untuk terus membina nama sebagai anak seni," katanya kepada mStar Online.

Menyedari kepentingan media sosial, Amir berkata, dia cuba menggunakan medium berkenaan secara maksimum dengan memuat naik lebih banyak gambar dan video sebagai interaksi bersama peminat.

Amir menggunakan media sosial untuk lebih dekat dengan peminat.

Malah kata Amir, dia juga sering merakamkan video nyanyian di Youtube bagi menarik pengikut baharu.

"Saya tidak mahu menjadikan perjalanan karier saya yang agak perlahan sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa mengenainya.

"Kuasa teknologi media sosial saya gunakan sebaiknya dengan sentiasa mengemas kini aktiviti terbaru selain memuat naik video nyanyian saya di Youtube agar peminat tidak melupakan suara saya selain menarik pengikut baru.

"Alhamdulillah ia mula menunjukkan kesan positif kepada karier saya," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, dia kini masih dalam rangka promosi single pertamanya berjudul Pemilik Cinta selain sedang dalam proses merakamkan lagu terbaharunya.

"Sekarang saya masih lagi dalam rangka promosi Pemilik Cinta di stesen radio, membuat kemunculan menerusi program televisyen selain mengadakan persembahan.

"Saya juga sedang dalam proses menyiapkan single kedua dan berharap ia dapat diterima lebih baik apabila dilancarkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amir , Akademi Fantasia 2016 , Pemilik Cinta

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan