'Hubungan Dengan Fattah Atas Dasar Profesional' - Neelofa

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 6:45 AM

Neelofa menjelaskan hubungannya dengan Fattah Amin yang dikaitkannya masih baik atas dasar profesional. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Neelofa menolak dakwaan hubungannya dengan aktor Fattah Amin dingin seperti diperkatakan sebaliknya masih kekal baik atas dasar profesional.

Neelofa atau Noor Neelofa Md Noor, 28, bagaimanapun berkata, kesibukan masing-masing terhadap kerjaya membataskan peluang untuk mereka bertemu dan hanya berjumpa sekiranya berkaitan urusan kerja.

"Saya dan Fatah sebenarnya tidak pernah ada masalah seperti digembar-gemburkan dan kami juga sama-sama sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Neelofa bakal bergandingan dengan Fattah menerusi drama bersiri terbaharu pada April depan.
"Jika bertemu pun hanyalah atas urusan kerja sahaja," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Bléu dan Maroòn milik pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, bercakap soal perkahwinan, Neelofa tidak menolak untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini sekiranya jodohnya sudah tiba.

Bagaimanapun katanya, sebagai manusia dia hanya mampu merancang dan tidak berniat untuk membuatkan peminat-peminatnya terus berteka-teki berhubung perkara itu.

"Saya memang menyasarkan untuk berkahwin pada usia 28 tahun sebelum ini dan saya sejujurnya sudah bersedia ke arah itu tetapi jadi atau tidak, saya serahkan kepada Allah.

"Perkaitan Fattah dalam soal ini, sebenarnya itu semua datang daripada orang lain yang mengimpikan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin dan saya tiada kuasa untuk mengawal soal itu," ujarnya.

Ditanya mengenai ramalan yang mengatakan persamaan paras rupa di antara dirinya dengan Fattah yang menguatkan jodoh di antara mereka, Neelofa berkata dia percaya ia satu kebetulan dan percaya terhadap persefahaman dalam membina sesuatu hubungan.

"Susah untuk saya katakan kerana tidak semestinya wajah kami ada iras akan ada jodoh di antara kami kerana saya percaya keserasian dan persefahaman yang membina sesuatu hubungan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Juara Dewi Remaja 2010 ini memberitahu di kini mula sibuk dengan aktiviti seni selain memberi fokus kepada perniagaannya.

"Jadual memang padat kerana saya juga akan sibuk membantu menguruskan perkahwinan kakak saya pada penghujung Mac ini selain sedang membuat persiapan koleksi raya Naelofar Hijab.

"Pada Mac dan April ini juga saya akan ke Paris untuk menjayakan kempen bersama Swarovski dan komitmen sebagai duta produk kosmetik antarabangsa yang akan diumumkan kemudian," ujarnya.

Selain itu, Neelofa berkata, dia juga akan kembali bekerjasama dengan Fattah menerusi sebuah drama 24 episod pada April depan.
Tags / Kata Kunci: Neelofa , Fattah Amin

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan