Saharul Ridzwan Nafi Berjauhan Dengan Isteri

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 12:39 PM

Saharul Ridzwan mengakui kurang rehat hingga menyebabkan berat badannya susut. -Foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Saharul Ridzwan menafikan dakwaan kononnya dia terpaksa 'dipisahkan' dengan isterinya buat sementara waktu gara-gara diganggu makhluk harus ketika pengambaran telefilem Trauma.

Terkejut dengan dakwaan itu, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata rumah tangganya tidak berhadapan masalah sejak menikahi wanita pilihannya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kira-kira empat bulan lalu.

"Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?" katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Saharul ditemui selepas Majlis Tayangan Telefilem DFKL 2017 di MM Cineplexes, Damansara di sini.

Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika pengambaran telefilem Trauma dan isterinya dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang dia mungkin akan bertindak diluar kawalan.


Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September tahun lalu.

Malah Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang pengambaran telefilem terbitan JS Pictures itu.

Selain Saharul, telefilem Trauma turut dibintangi Janna Nick, Zara Zya, Idris Khan serta Raja Afiq dan akan ditayangkan di TV3 pada 29 April depan.

Ditanya mengenai perubahan bentuk fizikalnya yang dilihat sedikit susut, Saharul sekali lagi menolak tanggapan kononnya ia ada kaitan dengan dakwaan dirasuk.

"Kenapa semua orang tanya saya sakit atau tidak? Alhamdulillah saya sihat.

"Cuma sejak kebelakangan ini saya kurang rehat, itu sahaja," katanya.

Tambah Saharul, dia hairan mengapa ada pihak yang cuba mengada-adakan cerita tidak benar membabitkan rumah tangganya.

"Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah.

"Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus...yang satu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan , Qaabila Deena Emir

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan