Ruhainies Bakal Kerjakan Umrah Bersama Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 5:55 AM

Ruhainies akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Jumaat ini. Foto AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ruhainies bersyukur apabila dia berpeluang untuk berkunjung ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibu bapanya.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Ferehah Zainul Ilyas, 25, dia akan bertolak ke Mekah pada Jumaat ini.

"Saya akan bertolak lebih awal bersama syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd untuk menjalani pengambaran selama tiga atau empat hari.

Ruhainies teruja dapat ke Mekah bersama keluarga.
"Selebihnya saya akan memberi tumpuan untuk beribadat bersama keluarga selepas mereka tiba di sana," katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada Majlis Tayangan Telefilem DFKL 2017 di MM Cineplexes, Damansara di sini pada Rabu.

Menurut Ruhainies, doanya untuk mengerjakan umrah bersama keluarga akhirnya termakbul walaupun padat dengan jadual kerja.

"Alhamdulillah akhirnya niat saya nak bawa mereka ke sana bakal tercapai," katanya sambil menambah bahawa kakaknya iaitu pelakon Risteena Munim akan berangkat bersamanya.

Ditanya mengenai perasaannya yang pertama kali untuk ke tanah suci, Ruhainies berkata dia berasa gementar namun mengharapkan agar semuanya berjalan dengan baik.

Selain itu ketika diminta mengulas mengenai persepsi negatif masyarakat terhadap golongan artis yang mengerjakan umrah terutamanya membabitkan isu pakaian, Ruhainies berkata dia akan berhati-hati dalam isu berkenaan.

"InsyaAllah saya akan patuhi semua adab yang dituntut ketika berada di sana.

"Tapi selebihnya saya tak boleh nak hiraukan semua pandangan orang. Yang penting hati dan niat saya untuk sana," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ruhainies

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Kena Kacau Selepas Kerap 'Solek Hantu'

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan