Aznil Nawawi Dilantik Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 7:36 PM

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof menyampaikan sijil pelantikan Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) kepada pengacara dan personaliti hiburan terkenal, Datuk Aznil Nawawi di Kementerian Pedidikan pada Khamis. - Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengacara dan personaliti popular Datuk Aznil Nawawi pada Khamis dilantik secara rasmi sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan.

Pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dan sumbangan Aznil mendampingi masyarakat serta sikap ambil kisah beliau terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata lebih manis pelantikan itu dipersetujui pihaknya selepas 'personaliti mesra kanak-kanak' itu sendiri yang menawarkan diri bagi membolehkan beliau menyumbang kembali kepada sekolah yang menjadi institusi awal menerima didikan formal.

"Kejayaan, populariti dan sikap penyayang Aznil terhadap kanak-kanak dan keinginan membantu sekolah ini merupakan contoh terbaik kepada pihak lain untuk tampil membantu pelajar SBJK mendapat pendidikan lebih baik.

"Kementerian juga berharap pelantikan ini dapat membantu sekolah daripada segi keperluan kepakaran, mengumpul dana dan menarik sumbangan untuk kelestarian sekolah tersebut," katanya pada majlis penyerahan sijil pelantikan itu di sini, Khamis.

Khair berkata pengaruh Aznil, yang banyak terlibat secara langsung dalam aktiviti sosial, pendidikan dan khidmat masyarakat serta mempunyai pengetahuan meluas tentang bidang pendidikan dan kebajikan bagi kanak-kanak terpinggir, juga membawa tuah kepada SBJK apabila berjaya membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat sekolah itu pada Jun tahun lepas.

Beliau berkata selain membuka mata banyak pihak mengenai kewujudan SBJK, kedatangan Najib ke sekolah itu juga menyaksikan perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi pembinaan sekolah dan asrama menggantikan bangunan itu.

Sejak beroperasi tiga tahun lepas, SBJK yang menggunakan bangunan asal Princess Road School di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur kini mempunyai 150 murid berusia dari umur empat hingga 19 tahun.

Aznil dalam pada itu berkata pelantikan sebagai ikon SBJK menjadi fasa baharu kepadanya khusus dalam membantu kanak-kanak terpinggir memperoleh akses pendidikan lebih baik setelah lebih 27 tahun bergelumang dalam dunia penyiaran dan hiburan.

Beliau berkata sekolah itu mempunyai nilai sejarah tersendiri buat dirinya yang begitu arif dengan persekitarannya dan pelantikan sebagai ikon memberi lebih peluang kepadanya untuk membantu pentadbiran sekolah terutama dalam meraih bantuan.

"Saya akan cuba sedaya mungkin memberi cahaya kepada murid-murid dengan menarik lebih banyak perhatian, bantuan termasuk mengajak lebih ramai personaliti membantu SBJK melalui pengaruh dan populariti masing-masing," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Aznil Nawawi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan