Zoey Rahman Habis Puluhan Ribu Mulakan Kerjaya Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 12:20 PM

Zoey Rahman mahu kembangkan bakat seni di negara jiran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zoey Rahman memberitahu dia telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi memulakan kerjaya seninya di negara jiran Indonesia.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 32, berkata, kos tersebut termasuklah perbelanjaan sewa rumah dan pengurusan sepanjang berada di negara itu.

"Saya sudah memulakan kerjaya di Indonesia secara perlahan-lahan, saya akui perbelanjaan untuk menetap di sana agak tinggi, mata wang kita yang semakin rendah menyebabkan harga makan di sana pun lebih mahal dari Malaysia.

"Saya terpaksa menyewa sebuah rumah dan membayarnya untuk setahun dan ia jumlah yang agak besar.

Zoey Rahman belajar bahasa Indonesia untuk mengembangkan bakat di negara itu.

"Selain itu saya perlu bayar gaji pengurus di sana juga. Boleh dikatakan memang banyak saya berhabis kira-kira berpuluh-puluh ribu ringgit jugalah," ujarnya kepadamStar Online.

Zoey berharap apa yang dibelanjakan itu akan mendapat pulangan yang setimpal untuk kerjaya seninya di negara itu.

Dalam perkembangan kerjaya di sana, kata pelakon filem Aku Haus Darahmu ini, dia sudah menjalani uji bakat lakonan untuk beberapa sinetron, iklan kormersial dan pengacaraan.

Dia juga sedang berusaha untuk belajar bahasa Indonesia daripada rakan-rakan artis di negara itu.

"Alhamdulillah, pada peringkat permulaan ini ramai yang memberi respons positif terhadap bakat saya.

"Saya ada buat beberapa pilot untuk program dan menghadiri beberapa uji bakat sinetron dan iklan di sana.

"Insya-Allah, saya akan ke sana semula dalam masa terdekat untuk melihat perkembangannya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengapa dia berminat untuk mengembangkan kerjaya di Indonesia, Zoey berkata, industri seni negara itu berbeza berbanding di negara ini.

Selain bayaran yang tinggi, pelbagai program hiburan di stesen televisyen negara itu dapat membuka peluang untuk artis luar mencuba nasib.

"Apa yang saya lihat, suasana industri di sana berbeza berbanding di Malaysia. Gred apa pun artis itu, mereka tetap perlu lalui uji bakat.

"Bayaran pula lebih tinggi dan peluang-peluang banyak kerana stesen televisyen mereka setiap hari menyiarkan program hiburan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zoey Rahman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan