Mesej Khalifah Di AJL31 Tercapai

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 6:00 AM

Yabang (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Khalifah. Foto HAFIS IDZLA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Khalifah menyifatkan mesej yang cuba disampaikan menerusi persembahan ketika menyanyikan lagu Hang Pi Mana, Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) tercapai apabila mereka dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik menerusi undian penonton.

Vokalisnya, Yabang berkata, kemenangan itu bukti penonton memberi perhatian kepada konsep yang cuba diketengahkan iaitu mengenai pentingnya hubungan di antara ibu-bapa dan anak yang semakin terhakis ketika ini.

"Jujurnya kemenangan bukanlah yang kami harapkan kerana konsep yang cuba kami ketengahkan hanyalah semata-mata untuk mempamerkan tentang budaya Malaysia dan suasana kampung di kalangan masyarakat Melayu.

Yabang ketika menyampaikan lagu Hang Pi Mana.

"Ini termasuk tentang hubungan ibu-bapa dan anak yang semakin terhakis, jadi kami ingin sampaikan mesej bahawa perlunya menjaga silaturahim sesama keluarga dalam apa juga kita lakukan.

"Alhamdulillah kemenangan daripada undian penonton itu bukti konsep yang ditonjolkan berjaya menarik perhatian dan mesej yang ingin disampaikan berjaya," katanya kepada mStar Online.

Khalifah menerima hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi selain hadiah sampingan menerusi kemenangan pada kategori itu.

AJL31 diadakan Ahad lalu dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Yabang mendedahkan kesemua pelakon yang terlibat dalam persembahan Khalifah pada malam itu adalah dikalangan ahli keluarga mereka termasuk ibu-bapanya yang membuat kemunculan istimewa.

Suasana ketika Khalifah membuat persembahan di pentas AJL31 pada Ahad lalu.

Yabang memberitahu tidak sukar untuk memujuk ibu-bapanya untuk muncul di pentas AJL31 dan mereka memberikan kerjasama yang baik.

"Pada malam itu, selain ibu bapa saya, kami tampilkan 24 ahli keluarga lain bagi menjayakan persembahan itu," katanya.

Sementara itu, Yabang berkata, mereka tidak kecewa apabila Hang Pi Mana gagal mendapat tiga tempat terbaik kerana paling penting mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu itu sudah pun tercapai.

"Sesetengah orang mungkin melihat Hang Pi Mana hanya sebagai sebuah lagu ringan yang menghiburkan tetapi sebenarnya ia mempunyai mesej yang mendalam.

"Dapat ke final sudah cukup baik tambahan pula kami dapat sampaikan tentang maksud sebenar lagu itu melalui konsep persembahan yang diketengahkan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Khalifah , Yabang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan