Amar Baharin Peram Empat Lagu, Tunggu Masa Diterbitkan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 6:00 AM

Amar Baharin di sisi isterinya pada Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) pada malam Ahad lalu. Foto HAFIS IDZLA HAFIDZAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin sudah mencipta empat buah lagu dan masih menyimpan di dalam arkib lagu miliknya ekoran perlu memenuhi tawaran berlakon terlebih dahulu.

Amar atau Amar Mohd Baharin, 32, berkata, lagu tersebut dicipta ketika namanya masih belum dikenali di mana ketika itu dia aktif bermain muzik bersama sebuah kumpulan yang diberi nama Jack Jupiter.

"Ia bukanlah sebuah band komersil sebaliknya band yang ditubuh bersama kawan-kawan jamming sekadar untuk memanafaatkan hobi kami pada lapangan muzik secara santai.

"Bagaimanapun lagu berkonsep moden rock tersebut terpaksa saya 'peram' kerana pada waktu itu tiada platform sesuai untuk saya ketengahkan ke tahap komersil.

Inilah gaya Amyra Rosli dan Amar Baharin di AJL31 Ahad lalu.

"Tunggu waktu sesuai apabila semuanya sudah diperkemaskan, saya akan lancarkan ia sebagai single pengenalan," katanya kepada mStar Online.

Amar ditemui selepas acara Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Ahad.

Turut menemani Amar ialah isterinya, Amyra Rosli.

Dalam pada itu kata Amar, posisinya dalam kumpulan Jack Jupiter sebagai vokalis dan pemain gitar dan sekiranya ada waktu terluang, dia masih bermain muzik dengan kumpulan itu.

"Sebenarnya sejak usia 10 tahun lagi saya sudah didedahkan dengan beberapa peralatan muzik seperti dram dan gitar dan minat bermain muzik timbul sejak itu,” katanya.

Tambahnya, sejak berkahwin dia dan Amyra sering meluangkan masa bermain gitar dan menyanyi bersama di rumah.

"Bertuah saya dapat seorang isteri yang turut berkongsi minat yang sama dalam lapangan muzik malah Amyra sebelum ini pernah memiliki single berjudul Ada Saja dan pernah mara sehingga ke peringkat semi final Muzik-Muzik.

"Insya-Allah pada 7 Febuari depan, single duet saya bersama Amyra berjudul Kisah Cinta Kita ciptaan DJ Fuzz dan Abang Viral akan dilancarkan secara rasmi,” katanya.

Sementara itu, Amar berkata, lagu duet tersebut dibuat bukan atas desakan sesiapa sebaliknya sekadar 'suka-suka' dan hadiah buat peminat di mana ia sebuah lagu santai dan mudah didengar.

"Kalau ia diterima baik peminat, tidak mustahil kerjaya nyanyian akan menjadi fokus saya selepas ini kerana saya memang seorang yang cintakan muzik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amar Baharin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan